Shadow

130 9 3
                                    

"Korang tau tak pasal kewujudan kaum bayang?"

"Kaum bayang? Apa tu? Cite la Hana" balas seorang rakannya.

"Betul tu Lili. Cite la Hana."

"Ok, dengar ni. Kaum ni bukan macam orang asli ke apa. Diorang ni hanya bayang-bayang. Macam manusia ada bayang-bayang tapi hanya bayang-bayang. Tau. Diorang ni suka culik budak- budak yang main sorok-sorok. Dulu kat sekolah kita ni pernah kena. Banyak kali lah, sampai ramai yang mintak tukar sekolah." cerita Hana.

"Aik, mana diorang tau yang semua budak hilang tu kena culik kaum tu?" tanya Lisa tertanya-tanya.

"Diorang tengok dalam kamera litar tertutup. Ada budak ni macam kena selubung dengan bayang-bayang tu dan terus hilang. Tak jumpa sampai sekarang. Ada orang kata diorang kena bunuh. Ada kata kena makan." balas Hana.

"Aku tak percayalah. Mengarut je tu. " balas Celine yang dari tadi diam dan sibuk membaca novelnya.

"Kalau tak percaya, kau main la sorok-sorok. Takut aku. Aku dengar pun dah takut. Kau ni, percaya je la" kata Lisa

"Dah aku tak boleh nak percaya macam mana." balasnya.

"Kau try la main. Kalau kau hilang, jangan kata aku tak bagi amaran" balas Hana.

"Ok, kita semua main. Aku nak buktikan yang benda tu tak wujud." kata Celine.

Lepas waktu sekolah, tingkat 2...

"Ok, jom main" kata Celine yakin.

"Jom, tapi kalau cerita tu betul dan salah sorang dari kita kena culik macam mana?" balas Lisa takut.

"Cerita tu tak betul la. Kita anggap je kita ni main saja- saja. Ok, Hana kau kira kitorang sorok. " kata Celine.

"1,2,3,4,5,6,7,8,。。。。。"

Celine berlari menuruni tangga ke tingkat 1 dan menyorok di belakang kotak- kotak yang tersusun di bawah tangga itu...

"Mesti diorang takkan jumpa aku kat sini. Cerita tu mesti tipu je. Takkan wujud kot benda tu" kata Celine di dalam hati.

Tanpa dia sedar, ada yang memerhatikan gerak- gerinya.

Celine menunggu Hana dan rakan-rakannya yang telah dijumpai mencarinya. Dia dapat mendengar suara mereka dari bawah tangga itu. Dia bermain dengan telefon bimbitnya sambil mendengar lagu menggunakan headphone.

"Lambatnya diorang nihh" getusnya.

Tiba-tiba, apabila dia melihat sekitarnya, dia ternampak ada beberapa bayang-bayang orang. Dia pun tunggu je la sambil tersenyum.

"Baik aku diam, nanti diorang dengar habis aku." fikirnya sambil tersenyum.

Tetapi selepas 10 minit berlalu, bayang- bayang beberapa orang itu langsung tidak bergerak.

Celine yang berasa geram dengan mereka menarik keluar headphonenya, lalu dipegang bersama-sama telefonnya tetapi tidak menutup lagu yang sedang dimainkan. Dia mahu keluar dari situ.

"Diorang ni nak mainkan aku agak-agaklah. Panas tau bawah ni." marahnya di dalam hati.

"Korang ni laa. Panas tau duduk bawah tu. Korang ni nak kenakan aku ke apa hah?" kata Celine keluar dari tempat persembunyiannya.

Tetapi, saat dia keluar, matanya terbeliak. Dia ketakutan.

Di depannya ada lima bentuk bayang-bayang, tapi bukannya bayang-bayang manusia. Hanya... Bayang-bayang...

Bayang-bayang itu makin lama makin dekat dengannya. Dia hanya mampu berdiri di situ. Sistem pergerakannya seakan-akan berhenti berfungsi. Dia tidak dapat bergerak.

..............

Klang....

"I know I breaks your heart, moves to the city in the broke down car and for years no call now you look pretty in the hotel bar and I... I... I... can't stop."

"Ehh, korang dengar tak tu?" kata Hana

"Dengar. Tu bukan lagu yang Celine suka sangat tu kan?" balas Lili.

"Haah, jom tengok." balas Lisa.

Diorang pun pergi ke tingkat 1 dan mencari arah lagu itu lalu menjumpai telefon dan headphone Celine di atas lantai.

"Celine?"

XXX

Ok, hye guyss. I'm so sorry for the late. Sya baru je habis exam. Yasss. Tah mcm mana la result nnty. Btw, mcm mna cite kli ni? Ok? Boring? 50/50? Comment la ape korang suma feel. Tau. Ni pon Sya ad rasa rajin sikit, sbb tu la ad idea nk buat story. Yahhhh, and this is tha result duhh. Harap korang enjoy laa.

Ok, daaa!!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 26, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah SeramWhere stories live. Discover now