Snap

309 16 5
                                    

1:00 pagi

Yati sedang bersembang dengan rakannya Mimi menggunakan telefon bimbitnya, Samsung J7 Prime.

Dia terdengar bunyi pasu pecah tetapi mengabaikan bunyi tersebut kerana menyangka itu anak jirannya yang sememangnya selalu buat hal dan tidur lambat.

" Wei Yati, aku dah ngantuklah, lagipun nanti ayah aku nampak aku tak tidur lagi mau dia rampas fon aku ni, mana boleh hidup tanpa IPhone kesayangan aku ni" kata Mimi sambil menguap.

"La, aku kat rumah sorang-sorang ni, bosan tau, hmm, oklah, bye, esok pagi-pagi lagi jangan lupa call aku tau?" kata Yati.

"Ye, ye, bye." Mimi terus meletakkan telefonnya.

Tut tut tut

'Bosannya... Baik aku main game. Baru pukul 1:20 kot.'

20 minit berlalu

'Weiyh, bosan nyewwww....'

Yati mengeluh sambil mendepangkan tangannya. Tangan sebelah kirinya melebihi katil Queennya.

Dia menoleh melihat telefonnya yang bercahaya terang dalam kegelapan biliknya itu. Dia mahu membuka aplikasi Instagram tetapi telefonnya terlepas dari tangannya lalu jatuh ke lantai.

'Ishh'

Dia melihat ke tepi katilnya, rupa-rupanya dia terbuka aplikasi kamera. Dia pun mengeluh.

'Nasib baik tak ter'off', kalau tak mesti rosak teruk kalau terkeluar bateri juga.'

Dia mengambil telefonnya

'Snap'

'Laa, tertangkap gambar la pulak, macam-macam la jadi, ishhh'

Dia menghadap telefonnya lalu membuka 'Gallery'

Apa yang dia lihat telah membuatkannya seram sejuk, dia menggigil ketakutan, dia hanya berharap yang keluarganya ada bersama ketika ini dan tidak melancong tanpanya.

Dia dalam gambar itu ada seseorang yang memakai pakaian menyerupai badut dan bertopeng, dia sedang memegang kapak yang telah dikotori oleh darah.

X

Ok tak cerita ni? Well, lama dah nak buat story pasal ni tapi malas nak type. Hahaha. Maafkanlah kemalasan author ni. Hahaha. K, lepas ni Sya akan lebih rajin, insyaallah. K lah, malas nk type note ni panjang-panjang, nak sambung baca komik. Huahuahua, author suka sangat baca komik.. -_-(Tu pun nak gitau, boleh blah nk author) Kekeke....




Kisah SeramWhere stories live. Discover now