Hunted

390 26 6
                                    

Ada 5 orang perempuan sedang bersembang mengenai pelajaran sehinggalah topik perbualan mereka bertukar menjadi topik seram.

Rin, Wane, Iku, Umi, dan Len.

"Wei, korang ada dengar tak khabar angin pasal tangga tingkat 3 yang berhantu kat blok Dandelion?" tanya seorang perempuan berusia 15 tahun yang bernama Rin.

"Hmm, blok yang kat hujung sekolah tu belakang blok Rosalia?" soalan Rin dibalas dengan soalan dari Wane.

"Haah kan, kenapa dengan blok tu? tanya Len, dan Umi serentak.

"Aku dengar siapa je yang lalu kat tangga sebelah kiri tingkat 3 bangunan tu pada waktu tengah malam akan mati dalam keadaan yang sungguh mengerikan." jawab Rin sambil memeluk tubuhnya kerana berasa takut.

"Tingkat 3 je? Bangunan tu 5 tingkat kan?" tanya Wane

"Haah" balas Rin

"Tipu je tu, takkan la sampai boleh menyebabkan kematian pulak. Agaklah, tangga je kot." jawab Iku yang sedang membaca buku The Infinity Ring : The Trap Door dengan selamba.

"Betullah! Orang cakap dulu ada seorang budak perempuan ni kena buli lepastu pembuli dia tolak dia jatuh tangga masa dia nak turun guna tangga tu. Dia mati kat tangga tu. Tak sempat nak bawa pi hospital." kata Rin bersungguh-sungguh.

"Ye ke? Takut pulak la aku dengar, kan Umi?" kata Len.

"Tu la pasal."

"Wei korang, apa kata kita pergi tangga tu nak tak?" kata Rin bersemangat.

"Hah!?!" semua serentak kecuali Rin.

"Kau mengarut apa ni? Seram tau tak? Nanti betul- betul mati macam mana? Aku nak hidup lama lagi. Kahwin pun belum wei." kata Wane

"Tu lah" kata Umi

Aku ok, sebab aku tak percaya pun benda-benda ni." kata Iku tanpa melihat rakan-rakannya yang lain.

"Hmm, kalau Iku ok aku pun ok jel" balas Len

"Jadi semua ok ye? Korang dua kalau tak nak ikut boleh duduk dalam bilik ye, jangan takut pulak bila dengar ada bunyi orang menangis dengan tangisan yang sayu." kata Rin selamba.

"Ish, yelah yelah. Kitorang ikut, kalau jadi apa-apa kau tanggung ehh?"

"Aku? Hah, tanggung lah sendiri, malas aku nak layan" kata Rin

"Rin!!!!" Wane dan Umi menjerit serentak.

"Ok, jadi semua tunggu dekat tingkat 4, nak naik guna tangga sebelah kanan blok Dandelion.

11:45 malam
Tingkat 4 blok Dandelion, hadapan tangga tingkat 3

Suasana yang sejuk, angin sepoi-sepoi memang menakutkan tambahan lagi bulan penuh yang terang menerangi bumi terpancar memasuki bangunan sekolah melalui tingkap bangunan tersebut menambahkan lagi rasa seram.

"Wei, korang tak rasa seram ke?" kata Wane dan Umi yang sedang memeluk tubuh kerana ketakutan sambil melihat sebuah payung yang. terletak di tepi tangga itu.

"Shush, senyap, aku macam dengar sesuatu" kata Rin

12:00 tengah malam

"Sunyi... sepi... di malam hari...
Bulan yang setia... menemani..sepanjang malam...
Kebencian... tak hilang.... hingga maut....datang menjemput...
Teraniaya..mereka...yang.... keji...
Menghancurkan.... jiwa.... yang suci...."

Bunyi senandung yang dialunkan kedengaran sedih, pilu, dan kecewa diikuti dengan suara tangisan yang memilukan.

"Wei, aku takut ni wei, jom la balik." kata Wane dan Umi ketakutan.

"Tulah, Rin, jomlah balik, aku takut ni" kata Len

"Aku pun" kata Iku yang baru percaya akan tanggan berhantu ni.

"Alah, kita turun je ikut tangga ni untuk balik, ok?"

"Ok" balas Umi, Len, Wane dan Iku

Ketika mereka menuruni tangga itu kedengaran lagi bunyi senandung tersebut

"Sudah dilarang..... tidak mengerti....
Naif kerna... rasa ingin.. tahu... yang... meninggi....
Tanpa tahu... bala apa... yang menanti... kerna... kedegilan... sendiri....
Membinasakan diri... sendiri.... dan... mereka... yang ... tercinta..."

Ketika itu juga di hadapan mereka muncul seorang pelajar berpakaian sekolah sedang berjalan menuruni tangga, pelajer itu berhenti lalu memusingkan kepalanya 360° menatap muka mereka berlima yang ketakutan.

"インクルード"
"Inkurūdo"

Pada malam yang sunyi dan tenang itu, kedengaran suara jeritan yang cukup nyaring dan mengerikan dari blok Dandelion

Keesokannya pihak sekolah digemparkan dengan kematian lima orang pelajar perempuan dalam keadaan yang cukup mengerikan.

Rin, tangan, kaki dan kepalanya terputus dari badan

Wane, lehernya seperti digigit dan dirobek

Iku, perutnya tertusuk payung

Umi, kepalanya hancur dan tangan dan kakinya ada kesan lecur seperti dibakar

Len, lehernya diikat dengan kain dengan ketat dan matanya ditusuk pen

Pihak polis memenuhi ruang tangga itu, tanpa ada mereka yang menyedari ada 5 susuk tubuh yang sedang memperhatikan mayat-mayat itu sambil mengalirkan air mata penyesalan.

Tangan mereka ditarik lembut oleh suatu susuk tubuh yang memakai baju sekolah menuju ke suatu tempat.

5 susuk tubuh itu hanya mengekori dari belakang dengan perlahan.

...................................................

Done. Ok tak story kali ni? I try my best to finish this. Harap sesuailah ngan citerase horror korang tu sebab Sya tak tahu horror macam mana korang suka, jadi Sya buat cite yang Sya suka mengikut imaginasi Sya yang terlampau banyak sampai malas nak tulis idea yang melimpah ruah macan gunung berapi yang nak muntahkan lava nya. Huahuahua.... Oklah, malas nak taip dah, ni pun dah 780 words tahu. K bye, love all ma' readers. :3

Inkurūdo- Die
______________________________

795 words...... -_-

Kisah SeramWhere stories live. Discover now