Trifle

833 39 0
                                    

Maybe korang pernah baca, dengar cerita ni. Sori kalau korang marah. N sori kalau x best.

Nanami terdengar ketukan di pintu biliknya. Kedengaran satu suara melaungkan namanya dan berkata sesuatu dari luar biliknya.

"Nami sayang, buka la pintu ni. Ibu ada bawa trifle yang kamu gemar ni." laung suara yang menggelar dirinya ibu.

"Letak je depan pintu tu. Nanti Nanami ambil." laung Nanami yang sedang menulis nota pembelajaran.

Kedengaran hentakan kaki yang sedang menuruni tangga.

Nanami mengeluh berat.

Selepas 30 minit....

"Nanami, buka la pintu ni. Ibu bawa trifle ni." laung suara itu lagi.

"Nanami tak laparlah. Letak je depan pintu tu, tak pun letak dalam peti ais." laung Nanami kepada pemilik suara itu.

"ANAK KURANG AJAR!!! AKU CAKAP BUKA PINTU NI?!?! KAU PEKAK KE?!?!!" laung suara itu kasar dan keras.

Nanami hanya menghela nafas.

"Nanami, buka pintu ni. Buka la. Tolonglah ibu. Nanami~" suara itu kembali bersuara dengan suara yang intonasi yang mendayu-days dan suara yang serak. Dan tersedu-sendan.

Nanami hanya membiarkan sahaja suara itu dan meneruskan menulis notanya.

Dia bukan tidak suka trifle. Malah, itu adalah manisan kegemaran dia.

Nanami juga bukannya mahu bergelar anak derhaka atau anak kurang ajar.

Cuma suara itu bukan milik ibunya yang sebenar.

Ibunya sudah meninggal dunia sejak dia lahir lagi.

Ayahnya pula ada kerja di luar negeri. Minggu depan baru pulang.

Suara itu sudah mengganggunya sejak 3 minggu yang lalu.

Kini, dia sudah biasa dengan apa yang akan didengari atau dihadapinya kala malam tiba.

THE END

Ok, faham kan? Sori la kalau lmbt update. Masa sikit. Buzy. Nnty rajin ada la update. Tau x trifle tu ape? Hihihi. K bye...

Trifle tu manisan yang guna kek span, krim susu, sos coklat, ceri n a few more ingredients yang x dpt di'recall' oleh otak I. Try la cari kt google kalau ada.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kisah SeramWhere stories live. Discover now