Farah dan Adila sedang asyik bersembang didalam bilik Farah. Mereka sedang memikirkan apa yang patut mereka buat pada hari itu.
" Beb, I bosanlah duduk kat rumah jer " kata Farah.
" Apa kata kita ajak Nana jalan. Kita pergi Mall lah. " Adila memberi cadangan.
" Good idea lah. Ok I pergi bersiap, you call lah Nana yer " kata Farah dan terus pergi bersiap.
Adila menghantar text pada Nana.
Beb jom jalan..I kat rumah Farah ni..dier tgh bersiap..lagi stgh jam kitaorg ambik u ok?
Sent!
Selang beberapa minit ada text yang masuk
Alright beb..I bersiap dulu..kalau korang dh otw text me ok?
Ok beb will text you later..
Selepas 20 minit, Farah kembali semula menemui Adila di bilik nya.
" Okey jom I dah siap " kata Farah.
Adila pun mengambil kunci kereta serta telefon bimbit nya lalu mereka berdua turun kebawah. Sebelum pergi Farah terlebih dahulu menemui orang tuanya.
" Ibu, ayah Farah nak keluar dengan Adila. Nak jemput Nana kemudian kitaorang nak pegi jalan-jalan " kata Farah.
" Okey sayang..hati-hati tau " pesan ibu Farah.
" Adila drive hati-hati. Jangan laju sangat " pesan ayah Farah.
" In sha Allah Uncle " balas Adila.
Ayah Farah menghulurkan duit sebanyak $300 pada Farah. Farah tersenyum riang mngambil nya lalu mencium pipi ayah dan ibunya.
" Ayah dah bagi $300 so 3 minggu Farah tak boleh minta duit atau apa-apa dari Ayah dengan ibu faham? " kata ayahnya.
" Yer Farah faham ayah hehe. Okeylah ayah,ibu Farah pergi dulu " kata Farah sambil bersalam dengan orang tuanya di ikuti oleh Adila.
Setelah didalam kereta, Adila menyuruh Farah menghantar pesanan ringkas kepada Nana untuk memberitahu bahawa mereka dalam perjalanan kerumahnya.
Selepas 20 minit mereka pun sampai dirumah Nana. Nana sudah sedia menunggu diluar rumah. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke The Mall macam-macam benda yang mereka borakkan.
Setelah mereka sampai di The Mall, mereka terus menuju ke tingkat 3 kerana mereka ingin menonton wayang.
" Kita tengok cerita hantu sajalah " Nana memberi cadangan.
" Okey aku on jer " balas Farah. Adila cuma mengangguk tanda setuju.
Nana pergi ke kaunter untuk membeli tiket dan tiba-tiba Nana terlanggar sesorang.
" Ops maaf cik saya tak sengaja " kata Nana.
" Eh Nana ni aku lah sepupu kau " balas pemuda tersebut.
" Wei Syafiq, kau buat apa kat sini? " tanya Nana.
" Nak tengok wayang dengan member aku. Ni Hazrik kawan aku. Hazrik ni Nana sepupu aku " Syafiq mmperkenalkan mereka.
Mereka bersalaman.
" Kau seorang jer ker Na? " tanya Syafiq.
" Taklah. Aku dengan member aku. Jomlah tengok wayang dengan kitaorang. Cerita hantu ok? " Nana memberi cadangan.
" Okey takde hal. You tunggu kat sini, saya pergi beli tiket. Untuk berapa orang? " tanya Syafiq.
" 5 orang. Kawan Nana 3 orang " balas Nana.
Syafiq pun berjalan menuju ke kaunter dan membeli 5 tiket. Selepas itu mereka bertiga menuju ke tempat Adila dan Farah menunggu.
" Wei mana Farah? " tanya Nana pada Adila.
" Farah pergi beli top up kejap " jawap Adila.
Nana memperkenalkan Adila kepada sepupunya Syafiq dan Hazrik. Tidak berapa lama kemudian Farah pun muncul.
" Ha Farah ni sepupu aku Syafiq, ni member dia Hazrik " kata Nana.
Farah sekadar senyum memandang Syafiq dan Hazrik.
" Syafiq dengan Hazrik ni nak join tengok wayang sekali, korang okey tak? " soal Nana.
" Okey takde hal " balas Farah.
Selepas membeli makanan dan minuman, mereka berlima masuk ke pangggung wayang. Syafiq mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Farah.
" Syafiq, are you sure nak duduk sebelah Farah?" tanya Adila.
" Yer. Kenapa? " tanya Syafiq.
" Oh hati-hati lah. Sebab orang kat sebelah awak tu lagi menakutkan daripada cerita yang kita nak tengok ni " balas Adila sambil ketawa. Farah menayangkan buku lima pada Adila.
" Hehe yerker?Takpe lah Adila. Saya tetap nak duduk sebelah Farah " jawap Syafiq sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Cinta Monyet
RomanceFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...