Bab 8

103 3 0
                                    

Selepas mandi Farah terus menunaikan solat Magrib dan selepas itu Farah berehat di katilnya. Farah memeriksa telefon bimbitnya.

Hai dear. Abang dah sampai kat rumah. Thanks for today :)

Farah tersenyum membaca pesanan dari Syafiq.

Hai abang. Sory tadi Farah mandi lepas tu terus solat. Farah yang sepatutnya cakap tq kat abang sebab belanja Farah banyak benda hari ni.

Takpe Farah. Abang ikhlas. Lagipun bukan selalukan.

Hehehe lepas ni Farah pulak belanja abang ok?

Wahh anak boss nak belanja?? Ehehe taknak lah nanti gaji abang kena potong oleh ayah Farah hehehe

Esh abang ni apa pulak cakap macam tu.. Apa salahnya Farah belanja sekali sekala

Abang tak biasalah kena belanja oleh perempuan

Ok kalau abanh tak nak takpelah. Tak nak kawan dengan abang

Ala sorrylah please

Farah membiarkan pesanan tersebut.

Farah..abang minta maaf..abang gurau jer tadi..

Sekali lagi Farah hanya membaca tapi tidak membalasnya. Kali ini bunyi panggilan telefon. Nama " Abang Syafiq " yang tertera di skrin. Farah hanya membiarkan. Farah mengubah telefon nya kepada silent. Selepas itu Farah menunaikan solat Isya.

Syafiq merasa gelisah kerana Farah tidak menjawab panggilannya dan tidak membalas pesanannya.

" Adui tulah tangan tu gatal sangat nak text macam tu. Kan sekarang dia dah merajuk " kata Syafiq kepada dirinya sendiri. Syafiq menghubungi Nana.

" Hello Fiq " kata Nana.

" Hello Na.. Na kau kena tolong aku " balas Syafiq dengan nada cemas.

" Eh kau kenapa? Kau okey ke? " tanya Nana.

" Farah marah kat aku. Dia tak balas Whatsapp aku. Dia tak jawab panggilan aku " terang Syafiq.

" Lah apa dah jadi? " tanya Nana kembali.

Syafiq menceritakan apa yang terjadi. Nana ketawa mendengar cerita Syafiq.

" Woi aku tengah susah hati macam ni kau gelak pulak " marah Syafiq.

" Macamana aku tak gelak. Aku ingatkan apalah tadi. Bunyi kau macam kau melakukan kesalahan yang amat besar " balas Nana sambil ketawa.

" Wey Na tolonglah aku " rayu Syafiq.

" Hmm kalau aku yang call dia memang tak jalan ni. Aku yakin dia tak nak jawab panggilan aku. Aku faham sangat budak kecik tu " jawab Nana.

" Habis tu macamana? " tanya Syafiq lagi.

" Okey macam ni, esok dia pergi ofis tak? " tanya Nana.

" Tak tahu lagi. Kenapa? " tanya Syafiq kembali.

" Okey Farah ni kalau kita nak tahu dia betul-betul marah atau tak senang je " kata Nana.

" Macamana tu? " tanya Syafiq.

" Kau tunggu jer esok. Kalau dia datang, kau tegur dia dulu. Kalau dia tegur makna nya dia tak marah betul. Tapi kalau dia buat tak tahu makna nya dia memang marah lah " terang Nana.

" Aduh aku kena tunggu esoklah ni " kata Syafiq.

" Tapi ingat Fiq kalau dia dah tak marah kau jangan gatal sangat nak ungkit benda tu lagi. Farah tak suka " terang Nana.

" Okey Na. Thanks tau " kata Syafiq.

" No hal lah. Okey bye " kata Nana.

Syafiq mematikan talian. Dia menghantar pesanan kepada Farah.

Abang minta maaf Farah. Farah jangan tidur lewat tau. Goodnight.

Bluetick tapi tak ada balasan.

Farah membiarkan pesanan dari Syafiq. Farah mengambil laptop nya dan membuka akaun Facebook nya.

Pemuja Rahsia : Assalamualaikum

Farah membalas.

Nur Farah Natasha : Walaikumsalam abang.

Pemuja Rahsia : Tengah buat apa tu?

Nur Farah Natasha : Ni tengah santai-santai. Abang?

Pemuja Rahsia : Ni baru berehat.. Banyk sangat kerja hari ni.

Nur Farah Natasha : Yer ker? Ksian kat abang.

Pemuja Rahsia : Apa boleh buat dik dah namanya cari rezeki.

Nur Farah Natasha : Betul tu. Tapi kesihatan kena jaga juga abang

Pemuja Rahsia : Yer adik. Abang tahu. Adik keje kat mana?

Nur Farah Natasha : Adik belum kerja lagi tapi ayah adik ada bagi adik tugas untuk handle 1 projek besar

Pemuja Rahsia : Wow ye ker?

Nur Farah Natasha : Yer. Adik tahu itu salah satu taktik dia supaya adik terbuka hati untuk kerja kat company family

Pemuja Rahsia : okeylah tu. Kenapa adik tak nak kerja dengan family?

Nur Farah Natasha : adik bukan tak nak abang cuma adik tak nak orang cakap belajar ambik master tapi akhirnya kerja dengan family juga. Tak nak usaha cari kerja sendiri.

Pemuja Rahsia : pedulikan lah apa orang nak cakap dik. Kesian kat ayah adik berkerja keras untuk bangunkan company sendiri semata-mata untuk menyenangkan adik dengan ibu adik. Taknak adik merasa kesusahan hidup.

Nur Farah Natasha : Abang..adik tak pernah dibesarkan dengan kemewahan..ayah dengan ibu memang dah didik adik cara hidup yang sederhana.

Pemuja Rahsia : Yerker?

Nur Farah Natasha : Yup..kenapa?tak percaya ke?

Pemuja Rahsia : Bukan macam tu. Tapi abang rasa macam pelik.. Selalunya kalau family orang senang anak-anak dia dibesarkan dengan kemewahan..kalau yang perempuan asyik nak shopping jer

Nur Farah Natasha : Itu orang lain. Kalau adik bukan hantu shoppinglah..adik bukan jenis perempuan yang asyik mintak duit kat famili nak shopping..ayah bagi adik $300 per month. Kadang2 ada juga lah ayah bagi 2 3 kali dalam sebulan tapi adik cuma ambik skali je dalm sebulan

Pemuja Rahsia : Kenapa pulak?

Nur Farah Natasha : Tak tahu nak buat apa dengan duit tu kalau banyak-banyak..Farah dah punya semua buat apa nak membazir..Kalau ayah desak juga untuk ambil duit tu adik akan ambil tapi adik akan simpan then bila masa yang sesuai adik akan keluarkan dan sedakh kepada yang lebih memerlukan

Pemuja Rahsia : yerker?alhmdulilah adik..bertuah parents adik dapat anak macam adik ni. Bukan senang nak dapat perempuan macam adik.

Nur Farah Natasha : Takde lah abang ni..adik biasa jer..

Pemuja Rahsia : eleh malu lah pulak nak mengaku heheh..ni adik chat dengan abang ni takde orang yang marah ke?

Nur Farah Natasha : Takdelah abang ni

Pemuja Rahsia : Okeylah dik..abang nak off ni..esok kita sembang lagi yer

Nur Farah Natasha : okey abang assalamualaikum

Pemuja Rahsia : waalaikumsalam..

Selepas selesai menyimpan komputer ribanya di atas meja, Farah terus merehatkan diri. Dia memeriksa telefon bimbitnya.

" Mak aii 20 missed calls " kata Farah.

Bila diperiksa semua panggilan itu adalah panggilan dari Syafiq. Farah terus meletakkan telefon nya di atas meja di sebalah katilnya kemudian dia terus tidur.

Cinta MonyetWhere stories live. Discover now