Bab 7

111 4 2
                                    

Sesampai mereka di Airport Mall mereka terus pergi menuju ke kedai Each A Cup. Selepas Syafiq bertanya kepada mereka bertiga apa minuman yang hendak mereka minum, Syafiq terus berlalu ke kaunter.

Selepas lima minit Syafiq pun kembali sambil membawa 4 cawan minuman dan menyerahkan kepada mereka semua.

Selepas itu mereka berjalan-jalan. Syafiq tersenyum melihat Farah yang sedang asyik minum minumannya.

" Amboi asyik sangat minum " usik Syafiq.

" Sedap tau " balas Farah sambil ketawa.

" Dia memang macam tu Fiq. Bila dah dapat minum oreo crush tu dia memang dah tak peduli hal sekeliling. " tambah Adila.

" Hahahaha budak kecik memang macam tulah " sampuk Hazrik sambil ketawa. Adila dan Syafiq juga turut ketawa. Farah buat-buat tak dengar. Tiba-tiba Farah teringatkan sesuatu.

" Adila. Jom temankan aku pergi sebalah kat Times Square " kata Farah sambil menaik-naikkan kirainya.

" Nak beli apa? " tanya Adila. Farah menerangkan dari gaya pergerakkan seperti menunjukkan sesuatu yang lebih kurang tinggi dengan dia. Adila terkejut.

" Hah nak beli lagi ke? " tanya Adila. Farah tersenyum sambil mengangguk.

" Nak beli apa ni? " tanya Hazrik.

" Dia nak beli anak patung " jawab Adila.

" Hah minat simpan anak patung ke? " tanya Syafiq.

" Minat sangat Fiq. Kat bilik dia tu penuh dengan patung-patung. Kalau kecik takpe tapi ni semua besar-besar " balas Adila.

" Ala please lah temankan " rayu Farah. Akhirnya Adila mengalah. Farah bersorak gembira lalu menarik tangan Adila. Syafiq dan Hazrik hanya mampu tersenyum.

Sesampai sahaja di kedai tersebut Farah tersangatlah gembira. Syafiq dan Hazrik hanya menunggu diluar kedai. Selepas 10 minit Farah dan Adila keluar dari kedai sambil membawa satu kantung yang berisi anak patung.

" Kenapa sedih ni? kan dah dapat beli anak patung " tanya Syafiq.

" Adila tak bagi beli yang besar " jawab Farah sedih.

" La kenapa sayang tak bagi? " tanya Hazrik pada Adila.

" Malulah nak bawa sambil jalan-jalan. " balas Adila.

" Takpe yer nanti kita beli lagi " pujuk Syafiq. Farah hanya diam. Tiba-tiba handphone Syafiq berbunyi.

" Korang pergi dulu nanti aku cari. Aku nak jawap panggilan dulu " kata Syafiq lalu pergi. Farah, Adila dan Hazrik pergi semula ke bangunan Airport Mall. Farah hanya mendiamkan diri. Hazrik risau.

" Sayang macam mana ni Farah asyik diam jer? " tanya Hazrik berbisik.

" Takpe. Dila dah faham sangat perangai dia tu. Lama-lama nanti okeylah tu " balas Adila. Adila mengajak Farah masuk ke kedai yang menjual tudung-tudung.

" Farah cantik tak shawl ni? " tanya Adila.

" Yer cantik " balas Farah.

" Tolonglah pilih untuk aku please beb " pujuk Adila. Farah kesian melihat Adila lalu membantunya memilih tudung untul Adila. Tidak lama kemudian Syafiq muncul.

" Dah okey ke? " tanya Syafiq pada Hazrik.

" Tu Adila sedang pujuk lah tu " jawab Hazrik.

Syafiq menghampiri Farah.

" Farah belilah juga. Abang belanja " kata Syafiq.

" Aii Farah je ker? " tanya Adila.

" Yer kau punya pun aku bayarkan. Pergilah beli. Jangan lupa belikan untuk Nana juga " pesan Syafiq. Adila pun terus memilih-milih tudung bersama Hazrik.

Cinta MonyetWhere stories live. Discover now