Mereka sedang menikmati makan tengahari. Farah melihat makanan Syafiq dan makanan Hazrik sama. Timbul idea jahat Farah untuk mengusik Syafiq.
" Abang Hazrik, Farah nak minta udang satu boleh? " tanya Farah sambil tersenyum merenung Hazrik. Hazrik tahu itu akal Farah hendak mengusik Syafiq.
" Boleh " balas Hazrik sambil tersenyum. Baru sahaja Hazrik mengangkat udangnya untuk dipindahkan ke pinggan Farah, Syafiq memukul tangan Hazrik.
" Kau jangan nak gatal share makanan dengan awek aku " kata Syafiq dengan nada cemburu lalu meletakkan undangnya ke pinggan Farah. Farah meneruskan makannya.
" Dah tak reti nak cakap terima kasih? " tanya Syafiq. Farah buat muka selamba. Kesabaran Syafiq tercabar. Dia terus bangun dan meletakkan duit $50 dimeja.
" Bro ni duit makanan. Aku jer yang bayar. Aku blah dulu " kata Syafiq.
" Eh kau nak kemana? Makan tak habis lagi " kata Hazrik.
" Aku balik ofis. Aku naik teksi. Dah takde selera nak makan bila kena layan macam tunggul kayu kat sini " balas Syafiq lalu berlalu pergi.
" Kenapa Farah buat Syafiq macam tu? " tanya Hazrik.
" Saja nak usik " balas Farah tersenyum. Senang rasa hatinya bila dapat mengusik Syafiq kaw-kaw.
" Farah, makanan Syafiq cuma sikit yang terusik. " balas Hazrik.
" So? " tanya Farah.
" Hmm Syafiq tu ada gastrik yang teruk. Bila dia tak cukup makan, kalau gastrik dia datang, dia mesti akan jatuh sakit " terang Hazrik. Farah terkejut. Dia terus menyuruh pelayan restorant tu untuk membungkus makanan Syafiq dan kemudian mereka terus balik semula ke pejabat.
Sesampai di pejabat, Farah terus menuju ke bilik Syafiq. Dia ternampak Fizah baru keluar dari bilik Syafiq.
" Hai Fizah, bos awak ada kat dalam? " tanya Farah.
" Eh Cik Farah. Yer bos ada kat dalam tapi dia tak sihat. Mungkin gastrik sebab dia asyik tekan perut jer " terang Fizah. Farah panik dan terus masuk kebilik Syafiq. Syafiq sedang berbaring di sofa sambil menekan perut.
" Abang, Farah tapau makanan abang tadi. Abang makan lah yer " kata Farah lembut.
" Dah tak payah. Abang dah takde selera nak makan lagi " balas Syafiq kasar. Farah terkejut bila Syafiq mengasarinya. Salah dia juga bila terlalu buat perangai tadi.
" Abang please makan please. Farah minta maaf. Farah cuma nak usik abang saja tadi. Tak sangka jadi macam ni " luah Farah perlahan. Air mata Farah mengalir. Dia merasa amat bersalah pada Syafiq. Syafiq mula kesian melihat kekasih hatinya menangis.
" Yelah abang maafkan Farah. Janji jangan buat perangai macam tu lagi okey? " kata Syafiq.
" Okey Farah janji. Sekarang abang makan yer " pujuk Farah.
" Okey tapi abang nak Farah suap " balas Syafiq. Farah tersenyum lalu menyuap Syafiq.
" Sayang dah ready? " tanya Syafiq.
" Hah? Ready untuk apa? " tanya Farah.
" Ala kan tadi pagi abang dah bagitahu yang abang nak ajak Farah pergi rumah famili abang. Abang nak kenalkan Farah pada diorang " jawab Syafiq.
" Tapi Farah malu lah abang " balas Farah tunduk.
" Sayang, kalau sayang betul-betul sayang dekat abang please lepas kerja nanti jumpa famili abang " rayu Syafiq. Akhirnya Farah mengalah. Dia senyum tanda setuju. Farah menyuap Syafiq sehingga habis makanan tadi. Selepas itu mereka berpisah untuk menyambung tugas.
Aznil masuk ke biliknya dan terus menghempas meja. Sakit di tangannya selepas menghempas meja itu tidak sesakit hatinya.
" Aaargghhhhh kenapalah kau susah sangat nak maafkan aku Farah? Aku sayang kau lah bodoh " jerit Aznil sehingga kedengaran keluar. Pekerja-pekerja Aznil terkejut mendengar jeritan bos mereka. Sebelum ini mereka belum pernah mendengar Aznil mengamuk. Adi merasa tidak sedap hati lalu masuk kebilik Aznil.
" Wey kau apahal jerit-jerit ni? Kau sedar tak sekarang ni kita kat dalam ofis " tegur Adi. Dia terkejut melihat keadaan Aznil yang tak terurus itu.
" Apasal perempuan tu bodoh sangat? Kenapa dia tak fahan yang aku sayang dia? " tanya Aznil kepada Adi.
" Sudah-sudahlah kau kejar dia bro. Bagilah dia cari kebahagiaan dia sendiri. Janganlah seksa dia lagi " balas Adi selamba. Hati Aznil sakit mendengar kata- kata Adi tersebut lalu dia bangun dan merentap kasar baju Adi.
" Hei kau tahu tak aku sayang sangat kat dia. Kalau aku tak dapat dia orang lain pun tak akan dapat dia. Kau faham tak? " jerit Aznil.
" Kau yang gatal kat perempuan lain itu kau cakap kau sayang dia? Oh ya aku lupa Farah tu jenis alim. Kau tak boleh nak pegang-pegang tangan dia. Kau tak boleh nak peluk-peluk dia nak cium-cium dia macam kau buat kat perempuan lain kan? " balas Adi sinis. Aznil mengangkat tangannya ingin menumbuk Adi.
" Tumbuklah bro kalau itu dapat puaskan hati kau tapi ingat selepas kau tumbuk aku ni kalau kau ganggu Farah lagi muka kau yang akan pecah " balas Adi sambil merenung tajam pada Aznil.
Aznil menolak Adi kasar dang mengarahkan Adi supaya keluar dari biliknya. Aznil mendail nombor seseorang.
" Hello bro. Aku ada tugas untuk kau. Jumpa aku malam nanti kat tempat biasa "
Selepas mematikan talian Aznil merenung telefon bimbitnya.
" Hmmm kau belum kenal siapa Aznil " kata Aznil dalam hati sambil tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet
RomanceFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...