Sepanjang berada di pejabat, Syafiq asyik tersenyum mengingatkan gelagat Farah semalam terutama bila hantu muncul. Bukan cuma latahnya yang keluar, dia siap memukul-mukul Syafiq kerana ketakutan.
" Comelnya awak Farah " kata Syafiq dalam hati.
Syafiq tidak sedar akan kehadiran Hazrik yang sedari tadi memerhatikan beliau senyum-senyum macam orang sedang angau.
" Wei boss indah senyuman tu. Ada apa-apa ker? " usik Hazrik sambil ketawa.
" Esh kau ni bro buat aku terkejut lah " balas Syafiq.
" Haha kau tu, aku ketuk pintu dari tadi kau langsung tak jawab so aku masuk jerlah. Tapi bila aku masuk aku tengok kau asyik senyum-senyum jer tengok dinding tu macam nak tembus sampai kesebelah dah kau renung dinding tu. Apa cerita ni? " tanya Hazrik.
" Takde apa-apalah kau ni. Jangan nak memandai-mandai " balas Sayfiq sambil berpura-pura sibuk membuat kerja.
" Yelah tu takde apa-apa yang sampai aku dengar kau mention nama Farah tu apa cerita pulak? " Hazrik mnyambung mengusik Syafiq.
" Eh mana ada aku sebut nama dia..kau ni ada-ada sajalah. Hah kau masuk bilik aku ni apahal? " tanya Syafiq.
Hazrik pun menerangkan tujuannya berjumpa Syafiq. Dia ingin membincangkan tentang projek yang sedang mereka buat pada masa ini. Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas dan sudah masuk waktu untuk makan tengahari.
" Bro dah waktu lunch lah, jom lah kita makan " kata Syafiq.
Hazrik melihat jam tangannya.
" Yelah. Lama sangat kita discuss sampai tak sedar dah lunch hour " kata Hazrik.
Selepas mengemas barang, mereka berdua pun keluar makan tengahari di kafe berdekatan dengan pejabat mereka. Mereka mengambil tempat duduk yang agak tersorok dari orang ramai. Sementara menunggu makanan mereka sampai mereka berbual-bual kosong.
" Kan lunch hour ni kenapa tak ramai orang makan sini hari ni? " tanya Hazrik.
" Tulah. Selalu penuh jer kat sini " balas Syafiq.
Sedang mereka melihat orang yang keluar masuk dari kafe tiba-tiba Hazrik terpandang seseorang.
" Eh tu Farah kan, kawan sepupu kau Nana " kata Hazrik. Syafiq terus berpaling melihat orang yang Hazrik cakapkan.
" Yelah tu Farah, dia buat apa kat sini ah? " tanya Syafiq.
" Nak makanlah tu. Takkan nak berenang lah pulak " balas Hazrik sambil ketawa.
" Kau pergilah jumpa dia " sambung Hazrik.
" Esh tak naklah..segan lah " balas Syafiq.
Hazrik bangun dari tempat duduknya dan berjalan kearah Farah.
" Assalamualaikum Farah " sapa Hazrik.
" Waalaikumsalam. Eh Hazrik, awak pun ada kat sini " jawab Farah.
" Yer Farah, saya kerja area sini, awak tengah tunggu siapa? " tanya Hazrik.
" Nana ajak saya makan kat sini. Sekarang tengah tunggu dia. Tapi saya call dah banyak kali dia tak jawab " balas Farah.
" Oh macam tu. Takpelah you join lah kitaorang sementara awak tunggu Nana " pelawa Hazrik.
" Eh takpe ker? Kita berdua? " tanya Farah.
" Taklah, saya dengan Syafiq. Tu dia duduk kat hujung sana " Hazrik menunjukkan dimana Syafiq berada.
" Esh takpelah. Saya seganlah. Semalam saya asyik pukul dia. " balas Farah.
" Ala takpe. Jomlah. Syafiq ok " pujuk Hazrik. Setelah beberapa minit, Farah pun bersetuju untuk duduk bersama mereka.
" Assalamualaikum Syafiq " tegur Farah.
" Waalaikumsalam Farah duduklah " pelawa Syafiq.
" Terima kasih " balas Farah. Dia duduk bertentangan dengan Syafiq.
Tidak lama kemudian makanan pesanan Syafiq dan Hazrik pun sampai.
" Awak tak nak pesan makanan Farah? " tanya Hazrik.
" Takpelah. Saya tunggu Nana " balas Farah.
" Tapi sekurang-kurangnya awak pesanlah minuman " sampuk Syafiq.
Farah memesan minuman air jagung. Tiba-tiba handphone Farah berbunyi. Nama Nana yang tertera di skrin. Farah menjawab panggilan tersebut.
" Wei beb kau kat mana? I dah sampai dari tadi "
" Sorry beb, I masih meeting ni "
" Laa dah tu macamana? "
" Cancel beb, kita jumpa malam ni jerlah. I jemput you kat rumah malam karang "
" Habis tu I nak balik macamana? I tak bawa kereta "
" I betul-betul minta maaf beb "
" Okeylah takpe, I call ayah jerlah suruh ambil I kat sini. You take care beb "
" Okey beb. See you tonight "
Selepas habis berbual dengan Nana, Farah menghubungi ayahnya.
" Hello ayah, ayah boleh ambik Farah tak kat kafe dekat office Nana ? " tanya Farah.
" Hello sayang, ayah tak boleh lah. Kejap lagi ayah ada meeting " balas ayahnya.
" Owh yer ker? Takpelah ayah. Assalamualaikum " kata Farah.
" Awak kenapa ni? Risau semacam jer " tanya Hazrik.
" Nana tak jadi datang. Dia masih meeting, I pulak tak bawa kereta. Ayah I pun tak boleh nak jemput " balas Farah.
" Oh yer ker? Fiq kau boleh hantar Farah balik tak? " tanya Hazrik pada Syafiq.
" Eh takpelah. Saya tanya Adila kot-kot dia boleh hantar saya balik " kata Farah.
" Lah takpelah. Syafiq boleh hantar awak balik. Kalau nak tunggu Adila lambat lagi " balas Hazrik.
" Tak nak lah susahkan korang. Korang nak masuk kerja lagi " kata Farah.
" Takpe Farah, lepas makan ni Fiq hantar Farah balik. " sampuk Syafiq.
Farah cuma menangguk tanda setuju.
" Awak pesanlah makanan awak " kata Hazrik.
" Takpelah saya minum jer " balas Farah.
Sepanjang sesi makan tengahari itu Farah hanya bercakap bila di tanya. Selebihnya dia lebih selesa berdiam diri sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet
RomansFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...