Farah terjaga bila pintu bilik nya di ketuk oleh ibunya.
" Farah. Nana dah sampai " kata ibunya. Farah terkejut.
" Yer ibu kejap lagi Farah turun " kata Farah lalu belari mengambil tuala dan terus masuk ke bilik air.
"Kejap lagi Farah turun Nana. " kata ibu Farah.
" Okey aunty " balas Nana.
" Nana masuklah dulu " pelawa ibu Farah.
" Takpe aunty Nana tunggu kat sini saja " balas Nana. Selepas 30 minit Farah pun turun.
" Ibu Farah pergi dulu " kata Farah sambil bersalam dengan ibunya.
" Aunty kami minta diri dulu " kata Nana sambil bersalam dengan ibu Farah.
" Hati-hati " pesan ibunya. Farah masuk kedalam kereta. Mereka pun pergi.
" So sorry beb. Aku lupa nak set alarm semalam " kata Farah.
" Eleh kau tu pasang alarm atau tak sama jer takde beza " balas Nana.
" Setuju " sokong Adam.
" Eee maaflah. Terlajak tidur semalam " kata Farah lagi sambil memujuk Nana.
" Yelah yelah " balas Nana. Farah memeluk Nana. Adam cuma tersenyum.
" Eh lupa aku nak tanya kenapa pakai van ni? Kan cuma kita bertiga saja " tanya Farah.
" Siapa cakap cuma kita bertiga? " balas Adam. Tiba-tiba..
" SURPRISE !!!! " Adila, Hazrik dan Syafiq mengejutkan Farah dari tempat duduk belakang. Farah terkejut.
" Wey ada lagi manusia rupanya kat belakang ni " kata Farah sambil ketawa. Syafiq duduk di sebelah Farah. Manakala Adila dan Hazrik duduk ditempat duduk belakang.
" Kita nak kemana ni? " tanya Farah.
" Miri " jawab Nana selamba.
" Wey aku tak bawa pasport lah " balas Farah panik.
" Ni hah pasport kau. Aku minta kat ibu kau tadi " kata Nana. Farah tersenyum.
" Farah dah sarapan? " tanya Syafiq.
" Belum lagi. Tak sempat. Lapar ni " balas Farah.
" Eleh mengada. Tulah bangun lagi lambat " kata Adila.
" Ehehe takpe. Adam nanti singgah kat bakery. Kita beli makanan " kata Syafiq.
" Okey bro " balas Adam.
" Fiq, kau jangan manjakan sangat minah tu. " pesan Nana.
" Betul tu. Nanti menjadi-jadi manja dia " sampuk Adila.
" Esh jahatlah korang ni " balas Farah. Mereka yang lain hanya ketawa.
" Wey Adam aku ada cerita hangat " kata Farah.
" Apa dia? " tanya Adam.
" Kemarin aku jumpa Adi " terang Farah.
" Hah Adi??? Kawan mamat poyo tu? " tanya Adam terkejut.
" Yup " balas Farah pendek.
" Kat mana kau jumpa dia? " tanya Nana.
" Dia wakil klien kitaorang. Kan aku dengan abang Syafiq tengah uruskan projek terbaru. So klien kitaorang sekarang kat KL. So dia yang jadi wakil untuk sementara waktu " terang Farah.
" Kau tak tanya mana mamat tu sekarang ? " tanya Adila.
" Esh malas aku nak tahu. Buang masa jer " balas Farah.
YOU ARE READING
Cinta Monyet
Любовные романыFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...