Bab 3

175 7 0
                                    

Syafiq membukakan pintu untuk Farah dan mempelawa Farah untuk masuk.

" Hei bro hantar terus balik. Jangan nak melencong kemana-mana pulak " usik Hazrik sambil ketawa.

" Wei aku tau lah. Anak dara orang kot yang aku bawa ni. Mestilah aku hantar ketempat yang di tuju " balas Syafiq.

Farah melambai-lambaikan tangan kepada Hazrik. Sepanjang perjalanan banyak perkara yang mereka bualkan.

" Farah umur berapa? " tanya Syafiq.

" 23, Fiq? " tanya Farah.

" Fiq dah tua. Umur Fiq 27 " balas Syafiq.

" Oh. Takdelah tua sangat. Farah nak panggil abang boleh? Tak selesa lh panggil nama sedangkan jarak umur kita berbeza " kata Farah.

" Tak kisahlah nak panggil abang ke, sayang ke, baby ke Fiq tak kisah " balas Syafiq sambil ketawa.

Farah menayangkan penumbuk pada Syafiq dan itu membuatkan Syafiq lebih asyik ketawa.

" Eleh tangan kecik ada hati nak tunjukkan penumbuk dekat abang. Nak check ker penumbuk siapa lagi besar? " tanya Syafiq sambil menayangkan penumbuk pada Farah.

" Eee abang ni mana achi, abang lelaki mestilah tangan abang lebih besar dari Farah " balas Farah.

Syafiq hanya ketawa bila Farah mula merajuk. Tidak lama kemudian mereka masuk ke simpang perumahan dan Farah menunjukkan jalan kerumahnya dan akhirnya mereka selamat sampai kerumah Farah.

" Okey abang terima kasih sudi hantar Farah balik " kata Farah sambil tersenyum.

" Takde hal lah Farah. Abang tolong mana yang abang rasa abang mampu untuk tolong " balas Syafiq.

" Okey abang Farah turun dulu. Terima kasih sekali lagi abang " ucap Farah.

" Kasih Farah di terima " balas Syafiq sambil main mata.

Farah hanya ketawa dan terus keluar dari kereta Syafiq. Farah memandang kereta Syafiq sehingga hilang dari pandangan mata dan kemudian Farah masuk kedalam mencari ibunya yang sedang menonton TV di ruang tamu.

" Assalamualaikum ibu " sapa Farah lalu duduk disebelah ibunya.

" Waalaikumsalam sayang. Hah siapa hantar Farah balik? Ibu tak pernah nampak pun kereta tu sebelum ni " balas ibunya.

" Tu sepupu Nana. Farah tak jadi keluar lunch dengan Nana sebab Nana masih meeting and kebetulan terserempak dengan sepupu Nana so dialah hantar Farah balik " terang Farah.

" Oh macam tu " kata ibunya.

" Okeylah bu, Farah naik atas dulu. Nak mandilah " kata Farah.

" Okey sayang. Lepas mandi terus berehat tau " pesan ibunya.

Farah hanya mengangguk. Dia terus naik kebiliknya untuk mandi. Sebelum dia berlalu ke bilik mandi, Farah memeriksa komputer ribanya untuk membuka akaun Facebook nya.

" Eh ada friend request lah. " kata Farah lalu dia klik untuk check siapa yang menghantar permintaan tersebut.

" Ala comel juga nama dia Pemuja Rahsia " ucap Farah sambil tersenyum lalu menekan butang terima dan selepas itu Farah berlalu ke bilik mandi.

Syafiq baru sahaja sampai di pejabat dan dia terus masuk kebiliknya. Ternyata Hazrik sudah sedia menanti dibilik nya sambil tersenyum.

" Hah Zrik apahal kau lepak kat bilik aku ni? " tanya Syafiq.

" Ala kau ni macam tak fahamlah pulak. Nak tahu cerita lah kisah perjalanan kau hantar si jantung hati tadi tu " usik Hazrik sambil ketawa.

Syafiq tertuduk malu mendengar usikkan kawannya itu.

" Hish kau ni takde kerja lain asyik nak kacau aku jer " balas Syafiq.

" Ala bro aku bukan baru hari ni kenal kau. Aku kenal kau sejak sekolaj menengah lagi. Tak payahlah kau nak malu-malu kucing dengan aku. " kata Hazrik.

" Dah-dah jangan nak mengarut. Dokument untuk meeting kau dah sediakan? " tanya Syafiq.

" Sudah. Tinggal nak jalan meeting jer " jawab Hazrik.

"Okeylah jom kita bertolak. Takut nanti lewat sampai. Guna kereta kau yer " kata Syafiq.

" Hai kenapa pulak? Kau takut bau perfume Farah kat kereta kau hilang yer? " Hazrik semakin seronok mengusik Syafiq.

" Dah kau jangan nak merepek. Jomlah. Dinner nanti aku belanja kau makan nasi ayam " Syafiq mengumpan Hazrik agar bersetuju untuk menggunakan keretanya. Syafiq tahu Hazrik adalah hantu nasi ayam lebih-lebih lagi restorant nasi ayam yang dia nak ajak malam nanti.

" Okeylah guna kereta aku. Tapi nanti aku nak makan sana dan tapau sekali tau. Kau yang bayar " balas Hazrik. Syafiq mengangguk setuju sambil tersenyum.

Apa yang Hazrik cakapkan mengenai bau wangian Farah dalam kereta Syafiq itu memang benar. Syafiq mahukan bau itu kekal didalam keretanya dan tidak ingin bau itu hilang kerana bau wangian Hazrik.

Jam 8.30 malam, Farah, Nana dan Adila sampai d restorant Nasi Ayam yang sangat terkenal di daerah Tutong. Sedang mencari tempat duduk Nana ternampak sepupunya Syafiq dan Hazrik. Lalu mereka bertiga pun menuju ke arah mereka.

" Hai Fiq " tegur Nana.

" Oh hai. Makan sini juga yer" balas Syafiq.

" Yes. Adila ni hah teringin nak makan nasi ayam kat sini " balas Nana.

" Jom join sekali duduk dengan kitaorang " pelawa Hazrik.

Mereka pun duduk dan Syafiq bangun dan mempelawa Farah untuk duduk di sebelahnya. Selepas memesan makanan mereka berbual-bual kosong. Selepas 10 minit smua makanan mereka sampai. Baru sahaja hendak makan tiba-tiba Adila bersuara.

" Eh beb asal mee kau ada sayur? Kau kan tak makan sayur " tegur Adila.

" Kau tak bagitau ker tadi jangan masukkan sayur? " tanya Nana.

" Dah aku dah bagitau tadi. " kata Farah.

" Takpe kita tukar jer yer " sampuk Syafiq.

Belum sempat Syafiq memanggil pelayan restorant, Farah menghalang.

" Takpe. Farah asingkan jer " ucapnya.

Syafiq mengambil pinggan Farah.

" Takpe biar abang asingkan " balas Syafiq.

Nana dan Adila terkejut dengan panggilan abang itu. Sambil mengasingkan sayur-sayur tersebut Syafiq bercerita apa yang terjadi siang tadi sehingga macamana timbulnya perkataan abang itu.

" Panggil I abang jugak boleh? " usik Hazrik.

" Boleh takde masalah hehe " balas Farah.

Syafiq merenung Hazrik tetapi Hazrik hanya ketawa melihat kawannya itu.

Cinta MonyetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang