Selesai mandi malam, Farah berehat sambil melayari laman sosial Facebook nya. Tiba-tiba keluar chat dari seseorang.
Pemuja Rahsia : Assalamualaikum awak
Farah membalas.
Nur Farah Natasha : Waalaikumsalam awak
Pemuja Rahsia : Tgh buat apa 2?
Nur Farah Natasha : Takde wat ape just santai2 jer
Pemuja Rahsia : Oh..Nak kenalan boleh tak?
Nur Farah Natasha : Boleh apa salahnya
Pemuja Rahsia : Umur Awak Brape?
Nur Farah Natasha : 23, awak?
Pemuja Rahsia : Saya 27.
Nur Farah Natasha : Oh saya nak panggil abang boleh?
Pemuja Rahsia : Boleh apa salahnya
Nur Farah Natasha : Heheh thanks abang..tapi sape nama abang?tak kan dalm ic abang Pemuja Rahsia kot hehehe
Pemuja Rahsia : Hahaha takdelah. Nama abang Fasya.
Nur Farah Natasha : Fasya??Ala comel nyer nama heehe
Pemuja Rahsia : Tuan punya badan ni pun comel juga lah hahahaha
Nur Farah Natasha : Ala prasan hahaha.
Pemuja Rahsia : Kalo abang nak panggil Farah adik leh tak?
Nur Farah Natasha : Boleh takde hal.
Pemuja Rahsia : Thank You Adik.
Setelah lebih kurang 2 jam berbual Farah pun meminta izin untuk mengundur diri kerana dia telah mengantuk yang teramat sangat.
Keesokkan paginya ayah Farah menyuruh dia untuk menghantar ayahnya kepejabat. Ini kerana ayahnya malas hendak memandu pagi itu. Sebelum masuk ke pejabat ayah Farah mengajak Farah untuk duduk bersarapan di kafe berdekatan.
Sedang mereka asyik berbual sementara menunggu pesanan mereka sampai, sesorang telah menyapa ayah Farah.
" Assalamualaikum Affendi apa khabar? "
" Waalaikumsalam. Eh Rizal. Aku sehat alhamdulilah. Kau apa khabar? Lama tak jumpa " balas Affendi.
" Aku macam biasa sihat alhamdulilah cuma penat sikit lah. Maklumlah kena mnguruskan syarikat aku tu seorang diri. Nak tunggu Aril ngan Yana lambat lagilah. Masih sibuk dengan study " balas Rizal.
" Biasalah anak-anak sekarang ni nak belajar selagi mampu. Eh duduk lah join kitaorang breakfast " pelawa Affendi.
" Boleh juga " jawab Rizal lalu duduk.
" Eh lupa nak kenalkan, ini satu-satunya anak aku Farah " kata Affendi
Farah bersalaman dengan Rizal.
" Oh yer ker? Dah besar anak kau ni Fendi. Cantik pulak tu " puji Rizal.
Farah tersenyum malu mendengar pujian tersebut.
" Yer Zal. Inilah satu-satunya permata hati aku dengan isteri aku. Inilah anak manja kami walaupun dah besar masih lagi nak berkepit kat bawah ketiak kitaorang bila datang penyakit manja dia " usik Affendi.
" Esh ayah ni malu lah Farah " balas Farah.
" Hahaha takpe Fendi. Manja-manja pun comel apa " puji Rizal lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/55531942-288-k503100.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Monyet
RomanceFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...