Bab 20

79 2 0
                                        

Tepat jam 9 malam, Aznil tiba di lokasi yang telah di janjikan. Dari jauh kelihatan sebuah kereta sedang menanti. Seorang pemuda keluar daripada kereta tersebut dan terus masuk kedalam kereta Aznil.

" Hai bos " sapa lelaki tersebut.

" Hi Shah. Aku ada tugas untuk kau " kata Aznil.

" Tugas apa bos? " tanya Shah. Aznil menyerahkan sampul surat pada Shah.

" Di dalam ni ada gambar sorang perempuan. Aku nak kau ikut dia dan intip semua pergerakkan dia. Semua maklumat ada dalam ni " terang Aznil. Shah mengeluarkan gambar tersebut.

" Fuhh bos cun giler ni " kata Shah.

" Kau ingat Shah kau jangan sesekali pegang atau sentuh dia. Kalau kau sentuh dia walaupun sedikit kau akan terima akibatnya. Faham? " ugut Aznil.

" Faham bos " balas Shah.

" Nah ini advance $5000. Kalau kerja kau betul-betul settle aku akan bayar bakinya " kata Aznil sambil menyerahkan sekeping cek.

" Tapi kenapa bos nak saya intip dia? " tanya Shah.

" Dia bekas kekasih aku. Aku nak dia kembali pada aku tapi sekarang dia sudah ada kekasih. So kalau kau berjaya satukan aku dengan dia aku akan bagi ! kat kau " Aznil menawarkan hadiah kepada Shah.

" Okey bos saya kan pastikan perempuan ni jadi milik bos " janji Shah pada Aznil.

" Okey bagus. Sekarang kau boleh pergi " balas Aznil. Shah pun pergi masuk ke keretanya dan kemudian mereka pun bersurai.

Seminggu kemudian..

Hari ini Aznil dan Adi datang kepejabat Farah.

" Farah, Encik Adi dan Encik Aznil dah sampai " ujar Dewi melalui telefon.

" Okey Kak Dewi suruh mereka masuk " balas Farah dan kemudian meletakkan telefon.

Kedengaran pintunya diketuk. Farah mengarahkan untuk masuk dan mempersilakan Aznil dan Adi untuk duduk.

" Apa khabar Encik Aznil dan Encik Adi? " tanya Farah sambil tersenyum.

" Kami sihat alhamdulilah " balas Aznil.

" Oh ya Encik Syafiq mana? " tanya Adi.

" Oh Syafiq ada meeting dengan ayah saya. So tak tahulah dia sempat atau tak join meeting kita ni " balas Farah.

" Hmm bagus. Takdelah aku sakit mata tengok diorang " kata Aznil dalam hati.

Sedang mereka sibuk berbincang, Dewi masuk untuk menghantar minumn.

" Err Farah maaf menganggu, tadi ada budak hantar bunga. Dia cakap bunga tu untuk Farah " kata Dewi.

" Bunga? Siapa bagi kak? " tanya Farah.

" Tak tahu. Akak bawa masuk yer bunga tu. Mana tahu ada kad ke " ujar Dewi.

" Okey kak tolong ambilkan bunga tu " kata Farah. Dewi pun keluar mengambil bunga dan kemudian masuk semula dan menyerahkan kepada Farah. Farah mengucapkan terima kasih dan kemudian menyuruh Dewi keluar.

" Wow dapat bunga lah " usik Adi.

" Entah siapalah yang bagi ni " kata Farah. Ada kad di dalam bunga tersebut. Farah membaca kad itu.

Morning sayang. Tadi abang singgah kedai lepas tu sebelah kedai tu ada kedai bunga. Abang tertarik dengan bunga ni sebab tu abang beli untuk sayang. Harap sayang suka yer.

Love you Farah

From
Syafiq

Farah tersenyum dan meletakkan bunga itu disebelahnya.

" Bunga dari kekasih hati ke? " tanya Aznil dengan nada cemburu.

" Saya rasa saya tak perlu jawab sebab benda tu takde termasuk dalam perbincangan kita " balas Farah selamba.

" Okey Farah so semuanya akan settle hujung bulan ni. So bermakna kami ada masa dalam 2 minggu saja lagi untuk menyiapkan segala perabot dan perhiasan d hotel awak. So far dalam 80% dah siap " terang Adi.

" Okey kalau macam tu saya harap semuanya akan siap by end of this month sebab saya akan pembuat pelancaran pembukaan hotel tu minggu pertama atau minggu kedua awal bulan depan " balas Farah.

" Awak jangan risau, saya akan pastikan semuanya akan siap sepenuhnya hujung bulan ini " janji Aznil.

" Okey kalau macam tu. Eh jemput minum " pelawa Farah.

Adi dan Aznil pun minum.

" Eh Farah dengar cerita budak-budak kolej nak buat reunion " kata Adi.

" Eh yerker? Bila? Kat mana? " tanya Farah.

" Semalam Alif ada whatsapp aku. Diorang ada buat group kat whatsapp. Awak nak join? " tanya Adi.

" Eh nak-nak. Suruh diorang invite aku sekarang juga" kata Farah teruja.

" Masukkan aku sekali bro " Aznil menyampuk. Adi pun terus memberitahu Alif untuk memasukkan Aznil dan Farah kedalam group. Tidak sampai beberapa saat Farah dan Aznil sudah pun ada di dalam group tersebut.

" Thanks Adi. Malam nanti aku chat dengan korang " kata Farah.

" Okey kalau takde apa-apa kitaorang balik dulu " kata Aznil sambil berdiri. Farah menghantar mereka sehingga ke pintu biliknya.

Farah mencapai dan menghantar pesanan kepada Syafiq.

Thanks 4 the flower dear :)

Tidak lama kemudian ada balasan daripada Syafiq.

Ur welcome baby :) btw lepas meeting ni abang terus lunch meeting dgn klien..myb abang tak masuk ofis ptg nanti..

Ala..tak jumpa lh hari ni :(

Im so sorry baby..abang busy..abang jnji esok abang ambik farah kat rumah kita jln brkfst sblum msuk ofis ok

Betul abang janji?

Yer abang janji..sayang jaga diri tau..jgn nakal2..lunch nanti pergilah dengan Hazrik

Idea jahat Farah datang. Dia nak mengusik Syafiq.

Betul abang izinkan lunch dgn abang Hazrik?

yer sayang

Yessssss bolehlah dating dgn abang Hazrik nanti..blh manja2 dgn dia..hehehee

Tiada balasan tapi Syafiq sudah membaca text tersebut. Tiba-tiba pintu bilik Farah di buka. Farah terkejut melihat Syafiq.

" Eh abang kan tengah meeting dengan ayah " kata Farah. Syafiq berjalan menuju ke arah Farah sambil merenung tajam. Farah faham Syafiq sedang cemburu.

" Macam mana abang nak focus meeting kalau Farah nak menggatal kat Hazrik? " marah Syafiq. Farah ketawa.

" Ala abang. Farah main-main jer. Abang sorang pun dah cukup untuk tempat Farah bermanja " pujuk Farah.

" Betul? " tanya Syafiq.

" Betul abang " balas Farah dengan penuh yakin.

" Tak nak gurau macam ni lagi, janji? " pinta Syafiq.

" Yer janji. Eh ayah tak cari abang ke ni? " tanya Farah.

" Abang cakap dekat bos abang pergi toilet. Farah tu lah buat abang susah hati " balas Syafiq.

" Hehee sorry baby. Farah janji tak buat lagi. Pergilah sambung meeting yer " kata Farah tersenyum.

" Okey I love you sayang " kata Syafiq.

" I love you too baby " balas Farah. Syafiq pun keluar dari bilik Farah.

" Hish kuat cemburu lah pakwe aku ni " kata Farah dalam hati.

Cinta MonyetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang