Bab 16

82 2 2
                                        

Mereka sampai di halaman rumah Farah.

" Okeylah kita jumpa esok kat ofis yer " kata Farah. Syafiq masih tidak melepaskan tangan Farah.

" Ala tak nak lah lepas sayang balik " balas Syafiq.

" Amboi jangan nak mengada yer. Dah lewat ni. Nanti ayah dengan ibu abang risau " kata Farah.

" Hmm okeylah " Syafiq melepaskan tangan Farah sambil buat muka merajuk. Farah tersenyum.

" Ala tak nak lah macam ni. Alololo nanti tak handsome bie Farah ni " Farah memujuk Syafiq. Syafiq akhirnya tersenyum. Sebelum keluar dari kereta Farah mengingatkan Syafiq untuk memaklumkan kepadanya bila Syafiq sudah sampai dirumah.

Selepas mandi Farah memeriksa akaun Facebooknya. Farah mengubah nama Facebooknya kepada Farah sahaja.

Pemuja Rahsia : Assalamualaikum adik.

Farah : Waalaikumsalam abang

Pemuja Rahsia : Adik apa khabar? Dah lama tak nampak adik online.

Farah : Adik sihat alhamdulilah..abang? Sory abang adik busy uruskan projek.

Pemuja Rahsia : Takpe abang faham. So how's ur life? Any good news?

Farah : YES ABANGGGG !!!!! :)))))))))

Pemuja Rahsia : Amboi macam benda best jer ehhehe

Farah : Memang best gilerrrr :))))))

Pemuja Rahsia : Apa dia?

Farah : Adik dah terima lamaran lelaki tu. Tadi dia lamar adik jadi gf dia :)))))))

Pemuja Rahsia : Yer ker? Alhmdulilah.. Tahniah adik. Abang happy  :)))

Farah : Terima kasih abang. Abang doakan semoga hubungan kitaorang kekal yer

Pemuja Rahsia : Okey abang akan sentiasa doakan adik.. Okeylah adik abang dah nak tido.. Esok abang ada meeting.. Adik jaga diri.. Kalau ada apa2 adik just sharr dengan abang yer..

Farah : okey abang..selamat malam abang kuuuu assalamualaikum..

Pemuja Rahsia : Selamat malam adik ku..waalaikumsalam :)))

Selepas chat dengan Pemuja Rahsia, Farah tertidur.

Pukul 5.30 pagi telefon Farah berbunyi. Farah menjawabnya.

" Hello siapa ni telefon orang awal-awal pagi ni " marah Farah.

" Hello sayang. Ni abang lah. Tak bangun lagi? Solat Subuh sayang " balas Syafiq. Farah terkejut dan terus duduk.

" Hehee Farah baru bangun. Penat lah " kata Farah.

" Abang faham. Whatsapp abang semalam pun sayang tak balas " balas Syafiq dengan nada merajuk. Farah tersenyum.

" Ala bukan Farah sengaja tak reply. Farah tertidur lah semalam " pujuk Farah.

" Hmm kalau nak abang maafkan, pagi ni abang ambil Farah. Kita gerak pergi ofis sama-sama. Lepas tu teman abang pergi breakfast, lunch, hi-tea and dinner. Faham? " kata Syafiq.

" Amboi. Yelah-yelah nanti Farah temankan. Farah nak mandi dulu nak solat lagi " balas Farah.

" Okey bye sayang assalamualaikum " kata Syafiq.

" Waalaikumsalam abang " balas Farah.

Pukul 6.45 Syafiq dah terpacak di halaman rumah Farah. Ayah Farah mempelawa Syafiq untuk masuk dahulu.

" Awal Syafiq datang jemput Farah. Ada meeting ke? " tanya Affendi.

" Tak uncle. Semalam memang dah janji nak jemput Farah. Gerak pergi pejabat sama-sama " terang Syafiq.

" Hai sampai gerak sama-sama ni ada apa-apa ke? " tanya Affendi.

" Ermm sebenarnya saya nak minta izin daripada uncle dengan auntie " kata Syafiq.

" Minta izin apa? " tanya ibu Farah.

" Saya nak minta izin daripada uncle dengan auntie untuk berkawan dengan Farah. Maksud saya berkawan yang lebih serius " luah Syafiq. Ibu dan ayah Farah tersenyum.

" Uncle dengan auntie takde halangan kalau kamu berdua nak berkawan asalkan tahu batas-batas pergaulan " kata Affendi sambil tersenyum.

" Yer betul tu. Kalau kamu nak serius dengan Farah kami izinkan tapi kalau boleh janganlah lama-lama berkawan tu. Tak manis bila orang pandang " sampuk ibu Farah.

" Yer saya faham uncle, auntie. In Shaa Allah saya akan jaga Farah seperti mana saya menjaga nyawa saya sendiri " janji Syafiq. Tidak lama kemudian Farah pun muncul.

" Morning ayah ibu " tegur Farah sambil tersenyum.

" Morning " jawab mereka serentak.

" Ayah, ibu Farah pergi kerja dengan Syafiq yer " kata Farah.

" Okey hati-hati. Jumpa kat pejabat yer " kata Affendi. Farah bersalam dengan orang tuanya di ikuti dengan Syafiq. Selepas itu mereka pun masuk kereta dan pergi.

" Apa yang abang borak dengan ayah dengan ibu tadi? " tanya Farah.

" Eleh rahsialah mana boleh bagitahu " balas Syafiq selamba.

" Ala bagitahulah. Mana boleh rahsia-rahsia " desak Farah.

" Eh tak bolehlah " balas Syafiq.

" Esh takpelah. Baru jer couple dah nak main rahsia-rahsia. Tak nak kawan lah macam ni " balas Farah sambil merajuk melihat keluar. Syafiq tersenyum.

" Alololo budak kecik bie merajuk yer " Syafiq mengusik Farah. Takde tindak balas dari Farah. Syafiq memberhentikan kereta di tepi jalan untuk memujuk Farah.

" Sayang look at me please " rayu Syafiq. Farah memusing badan nya dan melihat Syafiq.

" Tadi abang minta izin dekat orang tua sayang untuk berkawan lebih serius dengan sayang. Abang tak nak kita berkawan sembunyi-sembunyi dan membelakangkan family sayang atau abang. Nanti lepas kerja abang nak bawa sayang ke rumah family abang. Nak kenalkan sayang dekat family abang. " luah Syafiq.

" Er er abang Farah minta maaf. Farah tak sangka abang sanggup bagitahu family Farah yang abang nak serius dengan Farah. Ex Farah sebelum ni pun tak pernah berani nak kenal dengan family Farah " balas Farah terharu.

" Itu dia. Ini abang. Abang tak nak sembunyi-sembunyi. " kata Syafiq.

" Farah nak dekat ofis kita tak tunjuk sangat yang kita berkawan. Kalau mereka tanya baru jawab. Farah tak nak diorang fikir bukan-bukan " pinta Farah.

" Okey sayang. Sekarang dah tak merajuk lagi? " tanya Syafiq. Farah senyum. Syafiq pun meneruskan perjalanan kepejabat sambil memegang tangan Farah.

Cinta MonyetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang