Bab 21

144 5 2
                                    

Hari ini adalah hari bersejarah buat Farah dan Syafiq kerana hari ini adalah hari pelancaran hotel terbaru yang mereka kendalikan sebelum ini. Hotel ini di beri nama Red Angel Hotel. Ramai orang mengucapkan tahinah atas kejayaan mereka berdua menguruskan projek tersebut.

" Well done sayang. Ayah bangga dengan Farah " kata Ayah Farah sambil memeluknya.

" Thanks ayah. Ni pun Farah tolong-tolong Syafiq jer. Mana yang Farah boleh jer " balas Farah sambil membalas pelukkan ayahnya. Pelukan di leraikan. Ayahnya bersalam dengan Syafiq yang sentiasa berdiri di sisi Farah.

" Tahniah Syafiq. Saya amat bangga dengan awak sebab berjaya uruskan projek ni. Tidak sia-sia kepercayaan yang saya berikan pada awak " luah ayah Farah.

" Terima kasih juga pada tuan sebab memberi peluang kepada saya untuk uruskan projek ni bersama anak tuan " balas Syafiq tersenyum.

Tiba- tiba seseorang menayap ayah Farah.

" Asaalamualaikum Fendi " tegur Rizal.

" Eh Rizal waalaikumsalam " balas ayah Farah sambil bersalam dengan Rizal. Ada seseorang di sisi Rizal.

" Ini siapa? " tanya Affendi.

" Inilah anak aku yang sulung tu Shaznil " balas Rizal. Farah dan Syafiq terkejut kerana dia tidak menyangka Aznil adalah anak kawan baik ayahnya.

" Owh nilah Shaz. Apa khabar nak? " tanya ayah Farah.

" Sihat alhmdulilah uncle " balas Aznil sambil bersalam dengan ayah Farah.

" Hah Farah ni Aznil anak Uncle Rizal " ayahnya memperkenalkan mereka.

" Farah dengan Syafiq dah lama kenal Encik Aznil ayah. Semua perhiasan dan perabot dalam hotel ni dari syarikat Encil Aznil. " balas Farah.

" Lah yer ker? " tanya ayahnya lagi.

" Betul tuan " sampuk Syafiq.

" Oh ni lah projek yang abang sibuk sangat akhir-akhir ni yer? " tanya Rizal kepada Aznil.

" Yer daddy. Sebab tulah abang jarang ada kat rumah " balas Aznil. Matanya asyik merenung Farah. Farah merasa rimas sangat.

" Ayah, Farah dengan Fiq minta diri dulu yer " kata Farah.

" Pergilah nak hati-hati. Syafiq jaga anak saya " pesan ayah Farah.

" Baik tuan " balas Syafiq.

Mereka berdua pergi duduk di lobi hotel.

" Kenapa ni? " tanya Syafiq.

" Rimaslah dengan mamat tu " balas Farah geram.

" Siapa? " tanya Syafiq.

" Hmm takde apa-apalah. Farah nak pergi luar sekejap " balas Farah dan terus pergi keluar. Sedang Farah sibuk memerhatikan pemandangan di luar hotel, tiba-tiba seseorang datang menyapa.

" Hai seorang jer " tegur Aznil.

" Hmm yup " balas Farah selamba.

" Tahniah sebab awak berjaya siapkan projek ni " kata Aznil.

" Ini projek saya dan Syafiq. Not only me " balas Farah.

" Yeahh whateverlah. Saya nak ajak awak keluar boleh? " tanya Aznil.

" Untuk apa? " tanya Farah kembali.

" Keluar sebagai kawan " balas Aznil.

" Saya busylah " jawab Farah. Baru sahaja Farah melangkah ingin meninggalkan Aznil, tiba-tiba Aznil memegang tangan Farah.

" Pleaselah. Tak kan sekejap pun tak boleh " desak Aznil.

" Lepaskan tangan aku sebelum aku hilang sabar " balas Farah memberi amaran.

" Eleh setakat badan kecik macam awak ni, nak di peluk pun senang " balas Aznil selamba sambil menarik Farah dan ingin memeluknya. Tiba-tiba satu tumbukkan hinggap di pipi Aznil lalu dia rebah ke tanah.

" Janganlah biadap sangat bro. Ingat-ingat sikit kita ni orang Melayu. Islam pulak tu. Ada adab ada batas " kata Syafiq.

" Kau sibuk apahal? " tanya Aznil sambil berdiri.

" Saya tak sukalah lelaki yang suka ambil kesempatan kat perempuan " balas Syafiq.

" Eleh perempuan macam ni pun kau nak ke? Eh untuk pengetahuan kau aku dah pakailah dia ni " balas Aznil sambil ketawa. Satu lagi tumbukan hinggap di pipi Aznil. Aznil terkejut kerana yang memukulnya adalah Farah.

" Kau memang biadap. Aku menyesal pernah kenal kau. Aku menyesal pernah menyintai kau. Kau ingat Aznil aku akan benci kau sampai mati " kata Farah lalu menarik Syafiq dan pergi meninggalkn Aznil.

" Kau cabar aku Farah. Okey game akan bermula sekarang " kata Aznil sambil merenung tajam kepada Farah dan Syafiq.

Malam itu Syafiq berjumpa dengan Adam dan menceritakan apa yang berlaku siang tadi.

" Bangsat betul mamat tu. Memang nak mati lah " marah Adam.

" Aku takut dia bertindak diluar jangkaan. Aku tak nak apa-apa jadi dekat Farah " kata Syafiq.

" Aku tahu sangat Aznil tu. Dia mesti dah rancang sesuatu. Dia memang pantang bila orang cabar dia " balas Adam.

" So apa patut kita buat? " tanya Syafiq.

" Macam yang kita plan dulu. Suruh budak-budak korang awasi Farah. Aznil boleh bertindak diluar jangkaan " jawab Adam.

" Maksud kau? " tanya Syafiq kembali.

" Dia sanggup bunuh orang asalkan hati dia puas " balas Adam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta MonyetWhere stories live. Discover now