Pagi itu Farah terbangun lewat. Dengan rasa malas Farah terus mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Selepas 45 minit Farah pun turun kebawah.
" Selamat pagi ibu " tegur Farah.
" Pagi sayang. Tak pergi ofis hari ni? " tanya ibu Farah.
"Malaslah bu. Farah penat " jawab Farah.
" Okey kalau macam tu Farah berehat je. Nanti ibu bagitau ayah " kata ibunya. Selepas sarapan Farah terus masuk kebilik dan memeriksa telefon bimbitnya. Banyak pesanan yang masuk di whatsapp. Farah membaca satu persatu.
" Aduh banyaknya text Abang Syafiq ni " kata Farah.
Assalamualaikum Farah..masuk keje tak?
Farah..belum bangun ke?
Farah kalau bangun pls text abang
Farah..
Farah jangan lupa text abang..
Tak bangun lagi?
Hmmmm..
Takpelah abang meeting dgn Adi dulu..Assalamualaikum..
Farah membalas.
Waalaikumsalam..Farah tak masuk keje..Farah penat..Esok Farah masuk keje..Pesan dekat Adi Farah nak jumpa dia besok kat ofis pukul 9.
Ada balasan dari Syafiq.
Yer memang kita akan jumpa Adi esok..Bos dia dah balik..So bolehlah berbincang terus dengan bos dia.
Aik..bukan bos dia balik next week ke?
Sepatutnya next week..Tapi urusan kat sana dh settle..So dia balik awal..
Ok kalau macam tu pukul 9 in my room ok..
Okey.
Sepanjang hari Farah cuma di rumah menghabiskan waktu bersama ibu dan ayahnya.
Keesokkan harinya tepat pukul 8.30 Farah sudah sampai di pejabat. Ayahnya telah menyediakan seorang setiausaha untuk Farah.
" Farah, ini Dewi setiausaha Farah " kata Suzy. Farah bersalam dengan setiausahanya.
" Okey Farah akak keluar dulu " kata Suzy lalu keluar.
" Okey Cik Farah ada apa-apa yang saya boleh saya bantu? " tanya Dewi.
" Okey sebelum tu Farah tak nak akak panggil saya Cik Farah. Panggil Farah je " kata Farah.
" Tapi Cik Farah kan bos saya " balas Dewi.
" Akak takpelah. Farah tak biasalah orang panggil Cik " balas Farah.
" Baiklah Farah. Ada apa-apa yang saya boleh tolong? " tanya Dewi.
" Okey I nak akak contact setiausaha Encik Syafiq supaya ingatkan bos dia mengenai meeting kejap lagi and pastikan semua dokument lengkap " kata Farah.
" Okey ada apa-apa lagi? " tanya Dewi.
" Itu saja. Akak boleh sambung kerja akak " kata Farah. Dewi pun keluar. Tepat pukul 9 Syafiq pun sampai.
" Farah. Encik Syafiq dah sampai " kata Dewi.
" Okey suruh dia masuk " balas Farah. Syafiq pun masuk dan Farah mempersilakan Syafiq untuk duduk.
" Mereka belum sampai? " tanya Farah sambil membuat kerja.
" Tadi Adi cakap kejap lagi " balas Syafiq. Tidak lama kemudian Dewi sekali lagi muncul.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet
RomansaFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...
