Syafiq dan Farah tiba di rumah Syafiq. Farah merasa seram sejuk kerana dia takut untuk berjumpa dengan ahli keluarga Syafiq.
" Abang, Farah takutlah " kata Farah dengan nada risau. Syafiq tersenyum.
" Takde apa yang nak ditakutkan sayang. Family abang sporting " balas Syafiq. Setelah hampir 10 minit Syafiq cuba menyakinkan Farah, mereka pun turun. Syafiq memberi salam dan terus membawa Farah ke ruang tamu. Di situ ayah, ibu dan adik Syafiq sedang berkumpul.
" Assalamualaikum semua " tegur Syafiq.
" Waalaikumsalam " jawab mereka serentak.
" Abang baru balik? " tanya ibu Syafiq.
" Yer ibu " balas Syafiq pendek.
" Siapa gadis cantik kat sebelah abang tu? " tanya ayah Syafiq.
" Ni Farah kawan abang " balas Syafiq. Farah menghampiri ibu dan adik Syafiq untuk bersalam dan Farah menunduk hormat kepada ayah Syafiq.
" Wow first time ni abang bawa perempun balik kerumah. Adik yakin ni bukan kawan yang biasa-biasa ni " usik Syakila adik Syafiq.
" Esh sibuk jer adik ni. Pergi buat air " arah Syafiq. Syakila bangun untuk membuat air untuk tetamu. Sebelum pergi Syakila sengaja melanggar Syagiq sehingga lelaki itu terduduk di kerusi. Syafiq merenung tajam kepada adiknya. Sykila ketawa sambil bertepuk tangan tanda dia berpuas hati dapat mengenakan abangnya. Farah tersenyum melihat telatah dua beradik tu.
" Esh abang, adik apa ni tak malu ke dekat Farah " tegur ayah Syafiq.
" Maaf yer Farah. Syafiq dengan Syakila memang macam tu. Pantang berjumpa. Ada-ada saja hal yang diorang buat. Kadang-kadang auntie dengan uncle naik pening. Tak tahu macam mana nak tegur lagi " luah ibu Syafiq. Farah hanya tersenyum.
" Farah kerja kat mana? " tanya ayah Syafiq.
" Farah kerja dengan Syafiq uncle " balas Farah tersenyum.
" Oh satu tempat kerja " sampuk ibu Syafiq.
" Sebenarnya ibu, Farah ni anak bos abang " terang Syafiq.
" Wow abang dapat tackle anak bos. Abang memang hebat lah " sampuk Sykila sambil membawa dulang berisi minuman dan kuih.
" Esh sibuk jer lah adik ni. Baru tahu abang hebat ke? " tanya Syafiq denggan bangga. Farah tersenyum melihat Syafiq. Dari sana dia dapat menilai yang Syafiq ni jenis lelaki yang amat mesra dengan keluarga.
" Takdelah hebat sangat pun. Hahaha. Jemput minum kak Farah " pelawa Syakila.
" Terima kasih Kila " balas Farah.
" Tak payahlah panggil Kila. Panggil adik je " kata Syakila sambil duduk di sebelah Farah.
" Baiklah adik " balas Farah sambil memeluk bahu Syakila. Syafiq merasa cemburu bila adiknya dapat bermanja-manja dengan Farah.
" Hah adik jangan nak mengada-mengada. Duduk sini dengan abang " kata Syafiq.
" Takpelah abang. Biar adik duduk dengan Farah " balas Farah.
" Hahaha akak sayang adik. Akak dah tak sayang abang " sampuk Syakila sambil menaikkan ibu jari tangannya kepada Syafiq.
" Esh ibu tengok adik tu " kata Syafiq pada ibunya.
" Esh Ya Allah korang berdua ni. Cubalah malu sikit. Kita kan ada tetamu tu. Abang ni tak malu yer tunjukkan perangai manja tu kat Farah? " usik ibunya.
" Ala bu manja abang ni sikit jer. Ibu belum tengok lagi manja bakal menantu ibu tu macam mana " usik Syafiq sambil main mata pada Farah.
" Esh mana ada. Auntie, uncle dan adik nak tahu satu cerita tak? " tanya Farah tersenyum. Akal jahatnya datang.
" Apa dia? " tanya ayah Syafiq.
" Tadi ada orang cemburu. Lepas tu merajuk pulak tu. Sampai tak nak makan hehe " jawab Farah sambil ketawa. Besar mata Syafiq melihat Farah kerana menceritakan kejadian tadi.
" Hi abang, tak hilang-hilang lagi perangai tu " usik ibunya.
" Eeee dah besar panjang macam ni pun masih berperangai budak-budak " sampuk Syakila sambil ketawa. Syafiq membaling bantal tepat kena pada muka Syakila. Syakila menjerit marah dan Syafiq terus lari kebiliknya sambil ketawa.
Selepas makan malam barulah Syafiq menghantar Farah balik.
" Farah kalau ada masa datanglah kesini " pelawa ibu Syafiq.
" Betul tu. Tak payah tunggu Syafiq yang ajak. Farah boleh datang bila-bila masa saja. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Farah " sampuk ayah Farah.
" In Shaa Allah uncle auntie. Nanti Farah datang sini lagi " balas Farah sambil bersalam dengan ibu Syafiq. Syakila muncul tiba-tiba dan terus memeluk Farah.
" Akak, adik nak nombor phone akak boleh? Nanti kalau abang buli adik, adik report kat akak " kata Farah smbil membuat muka comel.
" Boleh sayang " balas Farah lalu memberikan nombor telefonnya pada Syakila. Selepas itu mereka pun pergi meninggalkan rumah Syafiq.
Di dalam kereta..
" Amboi bukan main happy jer. Tadi bukan main takut sebelum jumpa family abang " kata Syafiq tersenyum.
" Family abang baiklah. Adik tu comel. Geram pulak Farah " luah Farah.
" Adik tu memang macam tu. Kalau takde dia sunyilah rumah " balas Syafiq.
" Tulah. Bestkan awak ada adik macam Syakila tu " kata Farah.
" Itukan adik awak juga. Adik kita berdua " usik Syafiq sambil tersenyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet
RomanceFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...
