Pukul 1.30 mereka selamat sampai di Parkson Miri. Destinasi pertama mereka ialah ketempat pernukaran wang. Selepas menukar wang, mereka jalan-jalan di dalam kedai tersebut.
" Korang tak lapar ker? " tanya Adila.
" Lapar ni. Kan kita belum lunch " balas Nana.
" Kalau macam tu nak makan kat mana? " tanya Adam.
" Aku mana-mana pun boleh janji makan " balas Hazrik sambil ketawa.
" Farah nak makan kat mana? " tanya Syafiq.
" Haii tanya Farah lagi " usik Nana. Mereka yang lain hanya ketawa.
" Tak kisahlah nak makan kat mana " balas Farah.
" Okey korang pilihlah nak makan kat mana. " kata Syafiq. Selepas berbincang mereka sepakat untuk makan di KFC sahaja.
" Okey yang perempuan cari tempat duduk,biar kitaorang je yang order makanan " kata Adam.
Farah, Adila dan Nana pun mencari tempat duduk untuk 6 orang. Selepas 15 minit Syafiq, Hazrik dan Adam pun datang dengan membawa makanan.
" Wei banyaknya " kata Nana.
" Makan jer lah " balas Syafiq. Adam dan Hazrik memberi duit kepada Syafiq kerana ikut persetujuan awal mereka akan berkongsi duit untuk membayar makanan.
" Takpelah bro aku belanja " kata Syafiq.
" Ala bro tak best lah macam ni " balas Adam.
" Ala takpelah. Aku ikhlas " kata Syafiq.
" Ala sudahlah Dam, Kau pujuk macam mana sekalipun memang dia tak akan ambil duit tu. Aku dah faham sangat dia ni " balas Hazrik. Syafiq hanya tersenyum.
" Lepas makan nak pergi mana? " tanya Farah.
" Amboi si budak kecik ni, baru jer orang nak mula makan dia dah sibuk tanya nak kemana " kata Nana. Farah hanya ketawa.
" Hah aku tahu sangat ni dia nak kemana. Kalau kau nak ketempat tu nanti. Tu tempat yanh paling akhir kita pergi faham? " tanya Adam tegas.
" Hmm yelah faham " balas Farah sambil tunduk. Kawan-kawan mereka yang lain hanya tersenyum. Selepas 30 minit mereka pun selesai makan.
" Okey nak kemana ni? " tanya Hazrik.
" Mana-mana je pun boleh " balas Syafiq.
" Okey kalau macam tu jom ikut kitaorang " kata Adila sambil memegang tangan Farah dan Nana. Mereka bertiga tersenyum gembira. Syafiq dan Hazrik saling berpandangan. Adam menepuk dahi.
" Adui habislah kita " kata Adam.
" Kenapa? " tanya Syafiq.
" Ikut sajalah bro dan tabahkan hati kuatkan iman. Bawak bersabar banyak-banyak " kata Adam sambil mengekori mereka. Syafiq dan Hazrik hanya menurut. Akhirnya mereka faham maksud Adam bahawa Farah, Adila dan Nana membeli belah.
Mereka bertiga hanya jadi pemerhati melihat gelagat tiga gadis yang sedang asyik memilih baju.
" Memang macam ni ke bro? " tanya Hazrik.
" Yer memang macam ni bila aku kena temankan mereka jalan-jalan. " balas Adam.
" Habis tu kenapa kau tak jalan-jalan sementara tunggu diorang habis shopping? " tanya Syafiq.
" Tak nak lah. Aku pernah tinggalkan diorang shopping. Aku jalan-jalan tengok barang kat kedai lain. Tapi bila aku balik semula aku tengok Farah dengan Nana menangis ketakutan. Adila pula tengah tenangkan diorang. Bila aku tanya apa jadi rupanya ada orang gila yang kacau mereka masa tengah pilih-pilih barang. Nasib baik waktu tu ada secruity lalu jadi dia yang halau orang gila tu. " terang Adam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet
RomanceFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...