Di pejabat Farah dan Syafiq berlagak seperti biasa. Ini kerana Farah tidak mahu pekerja-pekerja di syarikat tersebut menganggap Syafiq mengambil kesempatan kepada anak bos. Sedang Farah leka membuat kerja, telefon Farah berbunyi.
" Hello yes Kak Dewi ada apa? " tanya Farah.
" Farah, Encik Aznil ada dekat sini sekarang, dia nak jumpa Farah, boleh? " tanya Dewi.
" Aznil? Dia buat apa kat sini? Ada appoiment ke? " tanya Farah.
" Hari ni Farah memang takde appoiment dengan dia tapi dia cakap ada hal penting nak bincang " balas Dewi.
" Hmm okey suruh dia masuk dan akak please inform Encik Syafiq untuk datang ke bilik saya now " kata Farah.
" Baik Farah. " balas Dewi.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi ketukan pintu.
" Masuk " kata Farah. Aznil pun masuk sambil tersenyum memandang Farah.
" Amboi makin mengancamlah dia ni " kata Aznil dalam hati.
" Hai Encik Aznil. Silakan duduk " pelawa Farah.
" Terima kasih " balas Aznil lalu duduk di hadapan Farah.
" Okey kita kena tunggu sekejap sebab Encik Syafiq on the way kesini " kata Farah.
" Dia buat apa kesini? I nak jumpa you Farah " balas Aznil.
" Kenapa? I rasa tak salah kalau dia ada sebab dia pun orang penting dalam projek ni kan. Sepatutnya Encik Aznil berjumpa dengan Encik Syafiq " balas Farah.
" Please Farah. I want to discuss about us please " rayu Aznil.
" Hah? Hal kita takde dalam projek ni. " balas Farah selamba. Tidak lama kemudian Syafiq pun muncul.
" Hai guys sorry lambat. " kata Syafiq sambil bersalam dengan Aznil.
" Takpe duduklah " balas Farah.
" So Encik Aznil ada apa awak datang mengejut macam ni? Sedangkan our meeting should be next week " tanya Syafiq.
" Oh I cuma nak tahu standard price untuk room hotel nanti so pihak saya boleh adjust harga perabot yang bakal digunakan nanti " kata Aznil walaupun sebenarnya bukan itu niatnya datang ke pejabat itu.
" Oh ya pihak kami pun lupa mengenai itu. Okey takpe I will discuss dengan Cik Farah pasal tu and will update nanti masa next meeting okey? " balas Aznil.
" Okey kalau macam tu. So I have to go now. Kejap lagi ada meeting " kata Aznil sambil berdiri dan bersalam dengan Syafiq.
" Okey Encik Aznil jumpa lagi " balas Syafiq. Farah cuma tersenyum sinis memandang Aznil. Setelah Aznil pergi Syafiq kembali duduk.
" Itu bukan niat dia datang sini kan sayang? " tanya Syafiq.
" Hmm yeah " balas Farah selamba.
" Kan pasal harga tu kita dah bincang sebelum ni dengan Adi dan Adi dah inform dekat dia. So apa dia nak sebenarnya? " tanya Syafiq.
" Nak cakap pasal kitaorang " balas Farah.
" Maksud? " tanya Syafiq lagi.
" I don't know bie. Bunyi macam nak ajak go back jer " jawab Farah.
" Hmmm so? You nak balik dengan dia? " tanya Syafiq dengan nada cemburu.
" Adui bie, I tak pernah terfikirlah nak balik dengan dia. Lagipun I happy dengan hidup I sekarang. I dah ada you " balas Farah sambil memandang Syafiq.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet
RomansaFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...