Bab 15

81 1 0
                                    

Dua bulan kemudian

Projek hotel yang diuruskan oleh Farah dan Syafiq berjalan dengan lancar dan pihak Aznil memberi kerjasama yang amat baik seolah-olah mereka tidak pernah ada masalah langsung. Pengawasan untuk Farah tetap berjalan.

" Dah lama tak jumpa Nana dengan Adila lah " luah Farah pada Syafiq sambil makan kek di cafe pejabat.

" Kenapa tak jumpa? Selalu hampir setiap hari korang jumpa " balas Syafiq.

" Masing-masing busy abang. Contact kat whatsapp jer " kata Farah.

" So ajaklah diorang keluar " Syafiq memberi cadangan.

" Nantilah tanya diorang. Harap-harap okeylah. Ni pun sejak semalam Farah text diorang tak reply tapi diorang asyik online je " balas Farah.

" Diorang busy kot. By the way abang nak tanya boleh? " tanya Syafiq.

" Apa? " tanya Farah.

" Farah masih mengharap Aznil? " tanya Syafiq. Farah terkejut.

" Kenapa abang tanya? " tanya Farah semula.

" Abang cuma tanya " balas Syafiq.

" Hmm taklah abang. Farah berusaha untuk buang semua pasal dia. Farah dah tak nak kat dia " balas Farah. Syafiq tersenyum.

" Malam ni keluar dengan abang nak? Tapi kita berdua saja " tanya Syafiq.

" Tapi abang " belum sempat Farah menghabiskan cakap Syafiq menyampuk.

" Please dear " rayu Syafiq.

" Hmm okeylah tapi abang kena minta izin dekat ayah dengan ibu Farah dulu. " balas Farah. Syafiq mengangguk.

Malam itu pukul 8 malam Syafiq sudah pun sampai di rumah Farah. Syafiq berdiri didepan pintu rumah Farah. Selepas memberi salam muncul ayah dan ibu Farah.

" Assalamualaikum uncle, auntie " tegur Syafiq sambil bersalam dengan mereka.

" Waalaikumsalam Syafiq " balas mereka.

" Saya nak minta izin uncle dengan auntie nak ajak Farah keluar sekejap boleh? " tanya Syafiq.

" Boleh. Farah dah bagitahu tadi " balas ayah Farah sambil tersenyum.

" Tapi jangan balik lewat tau " sampuk ibunya.

" In Shaa Allah auntie saya janji tak akan hantar Farah balik lewat " janji Syafiq. Tidak lama kemudian Farah pun muncul. Selepas bersalam mereka pun pergi.

" Kita nak kemana ni abang? " tanya Farah.

" Jalan makan. Farah nak makan kat mana? " tanya Syafiq.

" Terpulanglah kat abang " balas Farah.

" Farah. Abang nak cakap sikit boleh? " tanya Syafiq.

" Cakap jerlah abang. Apa dia? " balas Farah.

" Kalau ada seseorang yang ikhlas nak jadikan Farah sebagai seseorang yang istimewa dalam hidupnya Farah sudi terima tak? " tanya Syafiq.

" Susah soalan abang ni " balas Farah ketawa.

" Jawablah heheh " balas Syafiq.

" Tak tahulah abang. Kalau Farah nampak keikhlasan dia tu Farah mungkin akan terima " jawab Farah.

" Ohh " balas Syafiq.

" Kenapa abang tanya? " tanya Farah.

" Takde apa-apa Farah " balas Syafiq.

Selepas 20 minit mereka sampai di Hotel Empire.

" Kita makan kat sini okey? " kata Syafiq. Farah cuma tersenyum. Mereka masuk bersama. Baru sahaja mereka masuk di lobi hotel tiba-tiba Syafiq bersuara.

Cinta MonyetWhere stories live. Discover now