Farah duduk sarapan bersama ayah dan ibunya.
" Kenapa semalam tak turun langsung? " tanya Affendi kepada Farah.
" Penat sangat ayah. Tulah malas nak turun lagi " jawab Farah.
" Penat atau takut kena soal siasat? " usik ibunya sambil tersenyum.
" Esh apalah ibu ni mana ada. Takde benda yang ibu nak soal siasat " balas Farah.
Ayah dan ibunya hanya tersenyum bila melihat wajah Farah merah menahan malu. Selepas sarapan Farah berangkat bersama ayahnya ke pejabat. Sesampai di pejabat setiausaha ayahnya Suzy membawa Farah kebilik yang telah disediakan.
" Okey Cik Farah ni bilik Cik Farah. Harap-harap Cik Farah sukalah " kata Suzy.
" Suka sangat. Siapa punya idea ni? " tanya Farah.
" Tuan Affendi. Dia cakap Cik Farah suka sangat dengan warna merah, hitam dan putih " terang Suzy.
" Oh macam tu. Oh by the way tak payahlah nak cik- cik. Panggil saja Farah " kata Farah.
" Eh tak boleh. Nanti Tuan marah " balas Suzy.
" Kalau Kak Suzy panggil Cik lagi Farah tak nak cakap dengan akak lagi " balas Farah dengan nada merajuk. Suzy tersenyum.
" Yelah Farah pun Farah lah " balas Suzy. Farah terus memeluk Suzy. Tidak lama kemudian ayahnya dan Syafiq masuk kebilik Farah. Farah menghampiri ayahnya dan terus memeluk ayahnya.
" Macam mana sayang? Suka tak dengan bilik ni? " tanya Affendi.
" Mestilah Farah suka. Suka sangat. Terima kasih ayah " balas Farah sambil memeluk ayahnya. Suzy dan Syafiq tersenyum melihat perangai Farah.
" Dah-dah tak malu ke Suzy dengan Syafiq tengok? " tanya ayahnya. Farah melepaskan pelukkan.
" Okey ayah ada meeting dengan klien. Dokument dah sedia Suzy? " tanya ayahnya pada Suzy.
" Sudah tuan. " balas Suzy.
" Okey awak ikut saya yer. Farah dengan Syafiq discuss pasal projek baru tu dan bila ayah balik nanti terangkan kat ayah yer " kata Affendi.
Farah dan Syafiq mengangguk. Selepas Affendi dan Suzy keluar hanya mereka berdua saja di bilik itu.
" Abang duduklah kejap. Farah nak ambil barang kat meja " kata Farah. Syafiq terus duduk sambil tersenyum memerhatikan Farah.
" Yes dia nak cakap dengan aku. Maknanya dia tak marah betul-betul " kata Syafiq dalam hati. Farah duduk berdepanan dengan Syafiq.
" Okey abang apa cerita meeting abang kemarin?" tanya Farah.
" Okey yang abang jumpa tu second person dia. Bos dia sekarang ni ada urusan kat KL " terang Syafiq.
" Habis tu bila bos dia balik? Tak nak lah asyik discuss dengan second person jer " balas Farah.
" Dia cakap bos dia akan balik awal bulan depan. So kalau nak jumpa dengan bos dia kena tunggu awal bulan depanlah " balas Syafiq.
" Awal bulan depan? Okeylah kalau macam tu tapi abang kena terus update tentang projek ni kat Farah. Nanti bila jumpa dengan bos dia taklah Farah blur nanti " kata Farah.
" Okey abang akan terus update. Kalau Farah nak join meeting kitaorang kejap lagi jomlah. Second person dia kejap lagi sampai. Meeting kat bilik abang. " Syafiq mempelawa Farah.
" Boleh juga " kata Farah. Syafiq dan Farah pun pergi kebilik Syafiq.
" Encik Syafiq, Encik Adi dah sampai. Dia tengah tunggu encik kat dalam bilik " terang Fizah.
![](https://img.wattpad.com/cover/55531942-288-k503100.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Monyet
RomanceFarah pernah kecewa oleh lelaki bernama Aznil. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada lelaki. Tetapi sejak hadirnya Syafiq dalam hidupnya sedikit sebanyak mewarnai hidup Farah. Kehadiran Pemuja Rahsia sebagai sahabat di alam fantasi juga banyak...