Puteri Balqis menemani Datin Siti ke majlis perkahwinan kawan anaknya. 'Tengok, Tasha dah kahwin dah. Aqish bila lagi?' Tanya Datin Siti pada Balqis yang sedang sibuk mengambil gambar Tasha dan Solihin di atas pelamin. 'Ish mama ni, dahla mak. Kalau ada jodoh, adala tu. Malasla nak fikir cinta-cinta ni' jawab Balqis. Tasha dan Balqis berpeluk-pelukan. 'Haaa.. aku dah kahwin. Kau bila lagi? Syazmie yang kau selama ni kau sanjung tu mana perginya?' Sindir Tasha. Balqis mencubit lengan Tasha. Solihin hanya tersenyum melihat karenah mereka. Petang itu, Balqis menemani Tasha dibilik. Balqis ternampak gambar-gambar mereka semasa zaman sekolah menengah dulu. 9 orang remaja perempuan lengkap berpakaian baju sekolah menengah ada dalam gambar itu. Balqis mengusap muka sahabatnya itu satu persatu. Tasha mendekati Balqis. Dari kanan mereka menceritakan kisah masing-masing. 'Ema...dia sekarang dah jadi pensyarah kat UM. Leha, hm dia yang paling tinggi antara kita, itulah dia dah berjaya jadi pramugari sekarang. Azeerah, haa ini pula kawan kita yang paling pintar jadi tak hairanla sekarang dia dah jadi akauntan berjaya. Ain, ini kawan kita yang paling kecil tapi kalau bab bergambar memang makanan dialah so sekarang dia dah jadi model terkenal. Bibi, dia ni dulu memang petah bercakap sebab tu lah sekarang dia dah jadi peguam. Fatimah dengan marlin pula mereka sama-sama sambung belajar kat luar negara. Hmm ntah bila agaknya kita dapat jumpa balik' Tasha menyimpan semula gambar itu. 'Dahla tuu, pengantin baru tak boleh sedih-sedih. Insha allah, ada rezeki nanti, panjang umur kita semua boleh jumpa' Balqis memujuk Tasha.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomanceHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...