HPB20

5.7K 172 0
                                    

Sudah seminggu mereka tinggal di rumah banglo itu. Pagi itu, Syafiee menyediakan sarapan untuk Balqis. Dia perlu ke tapak untuk melihat sendiri bangunan yang dibinanya. Tepat jam 10, dia meninggalkan rumah itu. Balqis pula baru bangun. Dia menuju ke dapur. 'Biar betul. Takkan dia yang masak semua ni?' kata Balqis sambil memanjangkan lehernya untuk mencari Syafiee. Setelah selesai sarapan, dia juga bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Di pejabat, Balqis dipanggil oleh Encik Rosman untuk masuk ke biliknya. 'Ketua projek kita di Putrajaya, Encik Fauzie dia kemalangan dan sekarang koma. Jadi sekarang, saya rasa, awakla orang yang sesuai untuk mengambil alih projek itu. Saya rasa, awak tak ada apa-apa halangankan? kata Encik Rosman. 'Tak apa. Saya faham. Mungkin awak sekang dah berumah tangga jadi mungkin susah untuk ke sana ke sini. Awak boleh discuss dulu dengan husband awak' sambungnya. 'Baiklah encik. Nanti saya fikir-fikirkan. Anything else?' jawab Balqis. Encik Rosman menggeleng. 'Baiklah kalau takda apa-apa. Saya minta diri dulu' kata Balqis dan berlalu pergi. 'Jom lunch. Saya tunggu awak kat bawah ni' Syafiee menghantar Whatsapp pada Balqis. Balqis segera turun. Balqis sudah mula dapat menerima Syafiee. Mereka min di restoran yang berdekatan dengan pejabat Balqis. 'Cincin nikah tu hari macam mana, ok tak? Tak longgar?' tanya Syafiee. 'Longgar sikit je' jawab Balqis ringkas. Setelah selesai makan tengahari, Syafiee menghantar Balqis ke pejabat semula. Balqis terhenti seketika apabila ingin membuka pintu. Balqis memusingkan badannya ke arah Syafiee dan menghulurkan mengambil tangan kanan suaminya itu lalu menyalamnya. Syafiee agak terkejut dengan tindakan Balqis. Dia tersenyum sambil mengusap rambut isterinya itu. 'Take care. Nanti kita jumpa kat rumah ok?' kata Syafiee. Balqis hanya mengangguk dan tersenyum pada Syafiee. Semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat, Syafiee berbisik dalam hati 'Terima kasih Ya Allah kerana kau telah membuka pintu hati Puteri Balqis untukku. Walaupun aku tahu separuh pintu hatinya belum lagi terbuka, aku tidak akan putus asa untuk mendapatkan kuncinya. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi dugaanmu ini. Sesungguhnya, aku sangat sayang pada isteriku itu'

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now