Sudah 2 hari Datin Aida dan Balqis tidak bertegur. Walaupun duduk dalam satu rumah mereka bagaikan orang asing. Kalau bukan Datin Aida yang berkurung dalam bilik, Balqis yang akan berkurung dalam bilik. Datin Aida kecewa kerana Balqis tidak mahu bernikah dengan Syafiee, lelaki pilihannya. Balqis pula kecewa kerana ibunya sendiri tidak faham akan isi hatinya. Datuk Mahmud pula sudah lali dengan orang dalam rumah itu. Mereka bertiga bagaikan orang asing. Dia keluar bermain badminton dengan kawan-kawannya petang itu. Orang tuanya itu berada di ruang tamu namun tidak seorang pun yang bertanyakan Balqis dia hendak ke mana. Di dewan, Balqis bagaikan lupa segala-galanya. Badmintonla yang boleh mengubati rasa kecewanya, sedihnya dan marahnya. Setelah penat bermain, mereka pulang ke rumah dan bersetuju untuk makan malam bersama-sama malam itu. 'Kau dah berbaik dengan mama kau?' Azeerah bertanya pada Balqis. Balqis hanya menggeleng. Mereka semua mengeluh. 'Dahla qish, manatau Syafiee tu boleh jaga kau dengan baik' Ema juga sudah mula bersuara. 'Yalaa qish, aku tengokkan Syafiee tu kalau datang rumah, ok je. Taklah poyo sangat. Eh, dia kerja arkitek tau. Handsome pula tu. Pakejnya tip top la pendek kata' kata Marlin pula. 'Sharul ada kata, Syafiee tu dulu pernah suka kat seorang perempuan ni. Dia jaga perempuan tu baik. Hati perempuan tu sekali pun tak pernah dia sakitkan. Tapi, perempuan tu dah kahwin lain sebab mak bapa dia tak suka dengan Syafiee sebab dulu Syafiee tak bekerja. Tapi sekarang tengoklah, dia dah jadi arkitek ok' sambung Marlin. Mereka semua fokus mendengar ceritanya. Balqis hanya diam setelah mendengar serba sikit tentang hidup Syafiee.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomanceHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...