'Kenapa awak tak pernah nak bawa saya balik kampung awak?' tanya Balqis malam itu. Mereka ambil angin malam di halaman rumah. 'Awak... takda apapun kat kampung saya tu. Sawah padi, lembu, pondok kecil, sungai je. Kenapa nak ke sana?' jawab Syafiee. 'Tapi, semua tu takda kat sini. Jomla, kita balik kampung awak' rayu Balqis sambil mengelipkan matanya berkali-kali. Syafiee menarik nafas panjang. 'Ok, kita pergi' jawab Syafiee sambil mencubit pipi isterinya itu. Balqis sangat gembira kerana dia tidak pernah sama sekali menjejak kaki ke kampung. Malam itu, mereka mengemas baju untuk balik ke kampung. Dari tadi mulut Balqis tak henti-henti bercakap. Syafiee hanya melayan karenah isterinya itu. 'Kalau dulu aku macam ni depan Syazmie, dah tentu dia malas nak layan. Tapi dia tak. Dia terima aku seadanya. Terima kasih Muhd Syafiee' bisik Balqis dalam hati.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomanceHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...