HPB40

5K 130 0
                                    

Sudah dua hari Syafiee tidak masuk pejabat. Dia mengambil cuti untuk menjaga Balqis. Balqis kelihatan sangat letih. Syafiee membiarkan Balqis rehat dalam bilik. Dia turun ke bawah menonton televisyen. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam. Dia membuka pintu. 'Kau lagi. Kau nak apa? Kenapa tak serik-serik nak kacau rumah tangga aku? Kau nak aku pecahkan muka kau baru kau nak serik?!' Syafiee sudah mula muak dengan permainan Syazmie. Tak cukup di tapak projek dan pejabat, Syazmie mengejar Balqis di rumah pula. 'Aku datang ni nak bincang perkara penting' kata Syazmie dengan nada yang series. Syafiee menjemputnya masuk. 'Aku tahu, aku dah banyak buat salah kat Balqis. Aku tahu, aku dah lukakan hati. Tapi aku juga nak dia tahu, aku masih cintakan dia. Syafiee, sebenarnya, bukan kemahuan aku untuk kahwin dengan perempuan lain. Itu semua sebab urusan bisnes orang tua aku. Perkahwinan ini atas keluarga aku yang inginkan. Tapi, aku sudah berterus-terang dengan mereka dan selepaa itu, aku terus mencari semula Balqis walaupun aku sudah tahu yang dia telah berkahwin dengan kau. Selepas aku dapat tahu yang dia sudah jatuh ke tangan lelaki lain, aku membawa diri ke luar negara. Namun, aku masih tidak berasa tenang. Sebab itulah aku selalu paksa Balqis dan tidak give up untuk meminta maaf dengannya. Aku minta maaf kalau selama ini aku sudah menganggu rumah tangga kamu berdua. Aku minta maaf' kata Syazmie. Syafiee menarik nafas panjang. Dia berasa kasihan dengan keadaan Syazmie. Dia segera memeluk Syazmie.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now