HPB35

5K 145 0
                                    

Pagi itu, Syafiee telah bersiap-siap untuk ke kerja. Dia singgah ke bilik Balqis namun pintu masih berkunci. Dia turun dengan rasa kecewa. 'Taknak jalan dengan saya ke?' kedengaran suara Balqis dari arah belakang. Syafiee menoleh dan gembira apabila melihat keadaan Balqis baik. Syafiee menghulurkan tangannya pada Balqis. 'Jom' katanya. Balqis menyambut tangan suaminya itu dan tersenyum. Mereka turun bersama-sama. Syafiee membuka pintu kereta untuk Balqis. 'Awak nak terus ke Putrajaya atau awak nak singgah office dulu?' tanya Syafiee yang sedang memandu. 'Terus ke Putrajaya je lah. Barang-barang semua dah ni' jawab Balqis. Seperti biasa, mereka melakukan kerja masing-masing secara professional. Syafiee merasa bangga kerana mempunyai isteri yang kuat seperti Balqis. Walaupun hatinya sedang sedih kerana baru sahaja kehilangan orang tersayang namun fokusnya menjalankan tugas langsung tidak terganggu. Kerja yang diamanahkan berjalan dengan lancar seperti sebelum ini. Tiba-tiba, Syazmie datang ke arah Balqis. Balqis terkejut dengan kehadiran Syazmie. Syafiee memerhatikan mereka dari jauh. Syazmie membawa Balqis keluar dari tapak projek itu. Syafiee mengekori mereka dari belakang. 'Lepaslah! Kau nak apa?!' kata Balqis. 'I still love you' jawab Syazmie. Tanpa disedari, tangan Balqis telah singgah ke pipi Syazmie. 'Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Aku dah kahwinlah. Kau pun dah kahwin' kata Balqis lagi. 'Saya dah cerai! Saya takboleh hidup dengan dia. I still love you. Saya tahu, awak pun masih cintakan saya kan?' kata Syazmie sambil memegang tangan Balqis. Tiba-tiba, Syafiee datang dan menumbuk muka Syazmie. Balqis terkejut. 'Kalau aku nampak lagi kau kacau isteri aku, bukan setakat penumbuk je singgah kat muka kau. Kau balik! Kau jangan kacau Balqis lagi!' Syafiee memberi amaran pada Syazmie. Syazmie merenung tajam pada Syafiee dan berlalu pergi.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now