Setelah balik ke dari kerja, Balqis terus ke bilik. 'Taknak makan dulu?' Tanya Makcik Sal. 'Tak dulu kot. Saya nak mandi. Nanti saya turun makan. Terima kasih makcik Sal' katanya sopan. Datin Aida telah berada di meja dapur. 'Aqish nak ke mana lepas ni?' Tanyanya sebaik sahaja Balqis duduk. 'Tak ke mana. Why?' jawabnya. 'Ok good. Jom ikut mama. Kita shopping. Lama kita tak shopping sama-sama' kata Datin Aida. Balqis semakin hairan dengan karenah Datin Aida. 'Ok' jawabnya ringkas. Datin Aida berbelanja besar untuk Balqis hari itu. Balqis tidak mengesyaki sesuatu. Dia membeli beberapa helai baju. Dua pasang kasut dan seutas jam jenama terkenal Channel. Dia lebih gembira apabila dia tidak perlu mengeluarkan walaupun satu sen untuk mendapatkan barang-barang itu. Datin Aida hanya tersenyum melihat Balqis yang sangat gembira hari itu. 'Ma, kenapa mama nak belanja Aqish ni?' tanya Aqish dalam kereta. 'Laaaa, mama nak belanja anak mama sendiri pun tak boleh ke?' jawab Datin Aida. Balqis baring di bahu Datin Aida dan berkata 'Tak salah. Cuma Aqish pelik je. Selalunya, susah sangat nak ajak mama keluar shopping. Jangan kata shopping, nak keluar duit untuk Aqish pun tak nak' kata Balqis sambil ketawa. 'Amboi mulut ni takda insurans ke?' kata Datin Aida sambil memukul manja mulut anaknya itu.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomanceHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...