HPB30

5K 147 0
                                    

Sudah seminggu Balqis di kampung Syafiee. Pagi itu, Balqis pelik kerana Puan Lina dan Syafiee mengemas baju. 'Aqish, cepat siap. Kita balik KL sekarang juga' arah Puan Lina. Tanpa membuang masa, Balqis juga mengemas baju-bajunya. 'Ada apa ni? Kenapa semua orang cemas?' tanya Balqis pada Syafiee. Syafiee dan Puan Lina memandang antara satu sama lain. Syafiee memeluk Balqis sambil berkata 'Walaupun apapun terjadi, saya nak awak tahu yang saya sentiasa ada untuk awak'. Balqis bertambah pelik. Sepanjang perjalanan mereka ke Kuala Lumpur, Balqis tidak berhenti-henti bertanya apa yang telah terjadi. Setelah sampai di Kuala Lumpur, mereka terus ke hospital. 'Hospital? Kita buat apa kat sini?' tanya Balqis pada Syafiee. Syafiee memegang tangan Balqis dan membawanya masuk ke hospital. Setelah sampai di tingkat dua, kelihatan Datin Aida sedang menangis di depan bilik ICU. Balqis segera mendapatkan Datin Aida. Datin Aida menceritakan apa yang telah terjadi pada Datuk Mahmud. Datuk Mahmud terlibat dalam kemalangan yang sangat teruk subuh tadi. Datin Aida menelefon Syafiee namun tidak membenarkannya untuk membuka mulut tentang ini. Balqis hampir rebah namun disambut oleh Syafiee. Dia menangis semahu-mahunya. Tiba-tiba, seorang lelaki muncul. Dia bagaikan kenal akan lelaki itu. Yaa! Syazmie. Syazmie Eizlan, lelaki yang pernah dia cintai dulu. 'What are you doing here, Syazmie?!' tanya pada Syazmie dengan nada yang marah. Dia menolak Syazmie dan menyuruhnya keluar. 'Kau berambus dari sini! Kami tak perlulah kau kat sini!' katanya lagi. Syafiee cuba menenangkan isterinya itu namun Balqis mula meronta-ronta. Syafiee memeluk Balqis. Dia memeluk Balqis seerat yang boleh. 'Sabar. Bawa mengucap. Inikan hospital. Papa sedang sakit kat dalam tu. We should pray for him' katanya.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now