HPB15

5.7K 142 0
                                    

Balqis melakukan solat istikharah seperti yang dibagitahu oleh Azeerah. Selepas beberapa hari, dia mula redha dengan keputusan orang tuanya. Jika berkahwin dengan Syafiee hubungannya dengan Datin Aida kembali seperti dulu, dia redha. Dia memberitahu kawan-kawannya tentang keputusannya itu. Mereka berjumpa di restoran yang selalu mereka makan. 'Kau yakin dengan keputusan kau?' tanya Azeerah. Balqis hanya mengangguk. 'It's okey. Kalau dia sakitkan hati kau, kita belasah dia sampai lumat' kata-kata Ain itu membuatkan restoran itu riuh dengan gelak tawa mereka. Balqis bersyukur sekurang-kurangnya ada beberapa insan yang memahami isi hatinya. Balqis bersyukur sekurang-kurangnya ada beberapa insan yang sentiasa ada dengannya disaat dia sedih dan gembira. Dia memerhatikan satu persatu-satu wajah sahabatnya itu. Balqis berdiri untuk ke tandas. Semasa hendak masuk ke tandas dia ternampak seorang makcik tua sedang makan. Dia melihat makcik itu sambil berjalan dan tiba-tiba dia bertembung dengan seorang lelaki. 'Eh encik. Maaf maaf. Saya tak sengaja' katanya dan melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu sedang mengelap bajunya menggunakan tisu dan bagaikan terkejut melihat Balqis. 'Do I know you?' tanyanya pada Balqis. 'I don't think so' katanya dan memasuki tandas sambil menutup mukanya dengan rambutnya yang panjang itu.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now