Di rumah, Datin Aida dan Datuk Mahmud masing-masing sibuk dengan kerja. Balqis masuk ke bilik. Dia teringat akan zaman sekolah menengah. Di mana dia sering dipermainkan oleh lelaki dan itulah penyebabnya dia sukar untuk jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Namun, Syazmie tidak begitu. Syazmie mencintai Balqis sepenuh hatinya. Dia menjaga hati Balqis dengan baik. Dia menerima kekurangan dan kelebihan Balqis. Namun, Syazmie sentiasa sibuk dengan kerjanya sampai lupa akan Balqis. Itu yang membuat Balqis tertekan tambah-tambah lagi orang tuanya mendesaknya untuk berkahwin dengan segera. Bukan apa, Datuk Mahmud dan Datin Aida bukannya makin muda. Mereka inginkan cucu. Mereka mahu melihat anak tunggal mereka itu berkahwin depan mata mereka sendiri. 'Ahhhh daripada aku pening fikirkan pasal ni baik aku tidur' Balqis mengeluh dan memeluk bantal gulingnya itu. Belum sempat dia melelapkan mata, Syazmie menelefonnya. 'Yes?' katanya menjawab panggilan Syazmie. 'Can we talk?' Syazmie bertanya. Balqis berasa pelik. 'Saya ngantuk laa. Esok-esok je lah cakap. Takpun esok, kita jumpa time lunch kat tempat biasa' jawab Balqis. 'Yelahhh' Syazmie menamatkan panggilan. Balqis sambung tidur.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomanceHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...