HPB37

4.8K 125 0
                                    

'Pucat muka dia ni. Ish, bawa je lah ke hospital, Syafiee' kata Tasha setelah melihat keadaan Balqis. 'Yup. Saya setuju. Bawa je ke hospital. Takpayah ikut sangat kepala Aqish ni' sambung Ema pula. Syafiee duduk di kerusi tepi katil. Dia menggulung lengan bajunya. Kawan-kawan Balqis menyuruhnya agar membawa Balqis ke hospital. 'Kalau awak taknak bawa, biar kitaorang je yang bawa dia ke hospital' kata Bibi pula. 'Ikutkan hati, sekarang juga saya bawa dia ke hospital' jawab Syafiee. 'So? What are you waiting for, Muhd Syafiee?' sambung Bibi lagi. Tiba-tiba, Balqis tersedar dari tidur. Dia memicit-micit kepalanya. 'Ehh? Bila awak semua sampai?' tanya Balqis. 'Aqish, kita ke hospital yaa?' tanya Fatimah. 'Hospital? For what? Saya ok lah. Saya sihat je' kata Balqis. Syafiee mendekati Balqis. 'Kita pergi yaa?' pujuk Syafiee pula. 'Awak.. saya ok lah' katanya sambil berdiri. Di saat dia mahu berdiri, Balqis hampir rebah. Kawan-kawannya menyambutnya dan memberi ruang untuk Balqis duduk. 'Aqish, janganlah degil. Jomla kita ke hospital' pujuk Marlin pula. 'Jomlah Aqish' Ain juga memujuk. Balqis masih mendiamkan diri. 'Aqish, janganlah jadi budak-budak. Jomla kita pergi hospital' sambung Azeerah. 'Leave me alone' jawab Balqis sambil menyelimutkan dirinya sendiri. 'Saya rasa, baik awak semua balik dulu. Kalau ada apa-apa nanti, I'll call you guys' kata Syafiee lembut. 'Haa.. iyelah. Aqish, kitaorang balik dulu tau' kata Azeerah namun Balqis hanya diam. Mereka pun balik ke rumah. Syafiee menarik selimut Balqis. Dia menarik hidung Balqis sambil berkata 'Elehh, merajuk konon'. Balqis ketawa kecil. 'Saya nak ke kedai ni beli barang. Nak kirim apa-apa?' tanya Syafiee. Balqis menggeleng. 'Ok. Saya pergi dulu' katanya sambil mengucup dahi isterinya itu.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now