Kawan-kawan Balqis memeluknya dengan erat. Mereka ketika itu berada di bilik Ain. Terdapat banyak sekali gambar-gambar Ain tergantung di dinding biliknya itu. Maklumlah, dia kan model terkenal. Minggu depan dia akan ke Hong Kong kerana akan menghadiri anugerah fesyen yang akan diadakan di sana. Ain mengunci bilik dan segera duduk di sebelah Balqis. Mereka tak sangka apa yang mereka fikirkan tempoh hari menjadi kenyataan. Orang gaji Ain menghantar 9 gelas jus orange ke bilik. 'Thank you, bibi. Jangan lupa, kunci pintu tu sebelum keluar' kata Ain dengan sopan. Ain mengusap rambut Balqis. 'Dahla tu qish. Dah mungkin jodoh kau dengan dia. Jangan risau, kitaorang ni akan sentiasa ada untuk kau' kata Ain. Balqis baring di bahu Ain. Mereka semua turut sedih mengenang nasib Balqis. Mereka melihat antara satu sama lain. Mereka memujuk sedaya upaya mereka agar Balqis menerima saja keputusan orang tuanya itu. 'Korang nak aku terima keputusan parents aku? Karang nak aku jaga hati parents aku? Habis hati aku ni siapa nak jaga? Cukuplah, aku perlukan masa untuk terima lelaki. Syazmie sendiri pun aku tak boleh nak lupa lagi. 7 tahun. 7 tahun kami bersama. Bukan mudah nak lupakan dia. Dia lelaki yang paling aku sayang. And now, parents aku nak kahwinkan aku dengan lelaki yang aku langsung tak kenal, tak cinta. Can you guys believe that?' Kata Balqis. Mereka hanya terdiam. Mereka menenangkan Balqis.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomantikHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...