HPB39

4.7K 114 0
                                    

Pagi itu, Balqis tidak dibenarkan pergi ke kerja oleh Syafiee. Balqis menyediakan sarapan pagi untuk Syafiee. Tiba-tiba, kepala Balqis kembali sakit. Dia cuba menahannya agar Syafiee tidak perasan. Namun, dia tidak boleh menipu. Sekali lagi dia rebah. Gelas yang berisi kopi terlepas dari genggamannya. Syafiee yang sedang bersiap terus ke bawah setelah mendengar bunyi kaca itu. 'Ya Allah, Aqish!' katanya sambil mendapatkan Balqis di dapur. Dia meletakkan kepala Balqis di atas pahanya. 'Aqish! Aqish! Bangun Aqish! Bangun!' kata Syafiee cemas. Syafiee mendukung Balqis di ruang tamu. Dia meletakkan Balqis di atas sofa. Dia merenjis air ke muka Balqis. Selang beberapa minit, Balqis sedar. Marlin dan Sharul juga ada ketika itu 'Ya Allah, Aqish! Awak buat kami risau. Awak tak ni?' tanya Marlin. Syafiee mengusap muka isterinya. 'Syafiee, awak dah bagitahu umi Lina tentang keadaan Aqish?' tanya Sharul. Belum sempat Syafiee menjawab, Balqis telah menjawab 'ehh tak payah. Tak payah bagitahu umi. Mama pun tak payah bagitahu' katanya. 'Awak, kita ke hospital yaa?' pujuk Syafiee lembut. Seperti biasa, Balqis tidak mahu ke hospital. 'Kenapa awak kat Malaysia? Cuti ke?' Balqis mengubah topik. 'Tengok tu. Suka mengelak. Yaa, cuti. Tapi, aku tak sama flight dengan Fatimah. Dia balik minggu depan' jawab Marlin. Mereka bertiga sudah puas memujuk Balqis agar pergi ke hospital namun Balqis tetap dengan keputusannya.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now