HPB7

6.4K 167 0
                                    

Marlin dan Sharul nampak sedondon dengan di atas pelamin. Balqis menjadi pengapit Marlin. Manakala, Sharul pula diapit oleh sepupunya. Tali pertunangan selama 5 bulan tidak terasa oleh Marlin dan kini dia telah pun menjadi isteri orang. Kesemua sahabat Marlin datang pagi itu termasuk Balqis yang jadi pengapit. Mereka hanya tersenyum melihat tetamu yang datang. Seperti biasa, mereka semua mengambil gambar dengan Marlin dan suaminya sebagai kenangan. Macam-macam posing mereka buat. Ain menyusun kedudukan mereka. Maklumlah, sudah biasa berhadapan dengan kamera. Setalah selesai makan, mereka pun bersalam-salaman dan pulang ke rumah masing-masing. Tiba-tiba, Marlin menghantar mesej. 'Sepupu Sharul kirimsalam kat kau'. Balqis menganggap Marlin sekadar bergurau. Dia tidak membalas mesej itu. Setelah selesai mandi, dia segera ke pejabat kerana ingin menghabiskan kerjanya yang tertangguh. 'Nak ke mana tu?' Tanya Datin Aida yang berada di meja makan. 'Aqish nak ke office la ma. Nak ke mana lagi?' jawabnya. 'Jangan balik lewat sangat. Malam ni, papa dan mama ada hal penting nak bincang dengan Aqish' kata Datin Aida. 'Ok ma. Bye!' jawabnya dan berlalu pergi.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now