5 bulan sudah berlalu, alam perkahwinan Syazmie dan Balqis semakin bahagia. Mereka juga tidak pernah lupa untuk menziarahi kubur arwah Syafiee. Akhirnya, Syazmie dan Balqis bertemu jodoh apabila telah menempuhi banyak halangan. Datin Aida dan Puan Lina pula akan ke Makkah untuk menunaikan rukun islam kelima. Syazmie pernah juga mengajak Balqis pergi sana namun Balqis belum bersedia lagi untuk ke sana. Balqis mendahulukan Datin Aida dan Puan Lina. Balqis terkenangkan arwah Syafiee yang selalu ingin membawanya ke sana namun Allah telah memanggilnya sebelum dia berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana. Syazmie melihat Balqis di ruang tamu. 'Ha! Fikirkan apa tu?' tiba-tiba Syazmie menyergah Balqis dari belakang. 'Ish awak ni! Terkejut saya.' kata Balqis sambil memukul Syazmie. Syazmie duduk di sebelahnya. Balqis membaringkan kepalanya di bahu Syazmie. Syazmie mengusap kepala isterinya itu. 'Terima kasih, sayang' tiba-tiba Syazmie berkata begitu. Balqis bangun dari bahu Syazmie. 'For what?' tanya Balqis. 'Terima kasih sebab sudi terima saya untuk kali kedua. Saya janji, saya akan jaga awak. Saya tak akan sesekali lukakan hati awak lagi. Saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak. Insha allah' jawab Syazmie. 'Awak dahla tu. Past is past. Saya pun nak ucapkan terima kasih kat awak sebab setia menunggu saya' kata Balqis pula. 'Terima kasih sebab buka hati awak untuk saya, Puteri Balqis' kata Syazmie lagi. Balqis hanya tersenyum. Syazmie memeluk Balqis dan mencium dahinya. Walaupun Balqis kehilangan dua orang lelaki yang disayanginya, namun dia bersyukur kerana Allah s.w.t memberinya peluang lagi untuk merasai kasih sayang seorang lelaki dan lelaki itu ialah Syazmie Eizlan.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomanceHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...