Pagi itu, Balqis menemani Syafiee yang sedang berkebun. Dia melihat sawah padi. Dia tersenyum sendiri. Betul cakap orang, suasana di kampung lebih tenang berbanding di bandar. Kelihatan budak-budak senang bermain dengan orang-orang di tengah-tengah kawasan sawah padi. 'Happy ke? Senyum lebar nampak' Syafiee menegur isterinya itu. 'Ishhh gila tak happy. Saya dah travel banyak negara tapi tak segembira ini tau' katanya sambil mendekati Syafiee yang ketika itu sedang menabur baja. 'Awak... saya nak buat juga' kata Balqis sambil memuncungkan mulutnya ke arah baja yang dipegang oleh Syafiee. Syafiee membuka sarung tangannya dan memakaikan Balqis. 'Kalau nak buat kena pakai sarung tangan supaya tangan tak bau nanti' kata Syafiee. Balqis kelihatan sangat gembira. Dia menabur baja sambil berjalan. Tiba-tiba, kakinya tersadung ke lubang kecil dan hampir terjatuh ke sawah namun Syafiee tangkas menyambut isterinya itu. Mereka bertentangan mata. 'Awak ok?' tanya Syafiee. Balqis mengangguk. Dia kelihatan malu. 'Ehh, blushing? Takkanla dengan husband sendiri nak malu. Atau awak memang nak jatuh kat dalam tu?' katanya dan menolak Balqis ke dalam sawah. Namun, tangan Balqis juga sempat menarik baju Syafiee. Kedua-dua mereka jatuh ke dalam sawah. Balqis terbaring di atas perut Syafiee. Dia ketawa terbahak-bahak. 'Ketawa yeee. Haa.. ambik ni!' Kata Syafiee sambil mengelap sawah ke wajah Balqis. Balqis membalas. Kali ini lebih banyak. Mereka berkejar-kejaran di sawah padi itu. Balqis mengelap sawah ke pipi Syafiee dari arah belakang. 'Haaaa.. ini namanya rawatan spa' kata Balqis. Syafiee pusing ke belakang dan perlahan-lahan menuju ke arah Balqis. 'Oh..rawatan spa ye' katanya sambil tersenyum. Tiba-tiba, Syafiee mendukung Balqis dan berpusing-pusing. Mereka kelihatan sangat gembira. 'Rasanya aku sudah berjaya masuk ke dalam hati Puteri Balqis' bisik Syafiee dalam hati sambil melihat wajah Balqis.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomanceHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...