HPB8

6.2K 169 0
                                    

Malam itu, mereka bertiga sudah berkumpul di ruang tamu utama. 'Kita ni kalau ada orang nak merisik kita mesti terima. Orang tu dah bekenan, kita tak boleh tolak. Betul tak, Aqish?' Aqish hanya mengangguk. Dia berasa pelik. 'Kenapa mama ni tiba-tiba cakap pasal merisikla apala' bisiknya dalam hati. 'Perkara apa yang penting sangat ni ma, pa? Aqish nak tidurla. Esok kerja' kata Balqis yang sudah mula rimas kerana dari tadi orang tuanya itu asyik bercakap pasal merisiklah, kahwinlah. Datuk Mahmud dan Datin Aida memandang antara satu sama lain. 'Takpalah kalau macam tu. Aqish naikla tidur dulu. Esok-esok kita boleh bincang' kata Datin Aida. Setelah mendengar pintu bilik Balqis tertutup, Datuk Mahmud bersuara 'Awak yakin ke dengan apa yang awak lakukan ni?'. 'Iyelah. Saya tahula apa yang terbaik untuk anak saya' jawabnya. 'Masalahnya sekarang, nak ke Aqish tu kahwin dengan budak tu. Budak tu Aqish langsung tak kenal. Lagipun awak bukannya tak tahu, anak awak tu degil dalam bab-bab cinta ni' kata Datuk Mahmud. Datin Aida terdiam namun dia yakin Balqis akan akur dengan apa yang dia akan lakukan.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now