Tiga hari sudah berlalu. Balqis dilayan dengan sangat baik terutama oleh Datin Aida. Tak pernah-pernah Datin Aida berperangai baik seperti ini. Makciknya datang ke rumah itu. 'Aqish betul-betul dah ready ke?' tanyanya pada Balqis. Balqis mengerutkan dahi. 'Ready untuk apa?' tanyanya pula. 'Hmm tak ada apalah' Makciknya itu terus ke bilik bersama Datin Aida. 'Kak, akak biar betul nak kahwinkan Aqish dengan budak tu? Nanti Aqish tak nak?' tanyanya pada Datin Aida yanh sedang khusyuk melihat baju pengantin di internet. 'Alaa, dia pasti akan ikut cakap kakak. Kakak ni kan ibunya. Mahu tak mahu dia mesti ikut cakap kakak' jawabnya. Balqis masuk ke bilik. Datin Aida menunjukkan baju-baju pengantin kepadanya. 'Cantik tak baju-baju pengantin ni, Aqish?' tanyanya pada Balqis yang duduk disebelahnya. Balqis hanya mengangguk tanda setuju. Namun dia tidak pula mahu mengambil tahu kenapa tiba-tiba Datin Aida dan makciknya itu melihat baju-baju pengantin. 'Dah takda baju lain ke nak ditengok?' Bisiknya dalam hati. 'Ma, Aqish nak pergi office jap' Balqis meminta izin untuk keluar. 'Ok, take care dear' kata Datin Aida. Makcik hanya tersenyum dengan Balqis. 'Aqish pergi dulu makcik' katanya pada ibu saudaranya itu. 'Haa yelah. Hati-hati tau' jawabnya.
YOU ARE READING
Hati Puteri Balqis
RomanceHatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun hatinya dia sendiri tidak dapat jaga. Puteri Balqis hanya ingin kebahagiaan. Dapatkah dia mencapai keb...