" Cikgu! Cikgu! "
Dua orang pelajar lelaki berlari lari masuk ke dalam pejabat . Muka kedua duanya kelihatan cemas.
" Kenapa ni Minhwan , Haewoo ? Cemas macam ada apa yang berlaku aje. " Tanya Cikgu Jaeha yang turut kelihatan gelabah.
" Ergh. Kejap! " Haewoo mengangkat tangannya tanda sebentar sebelum menarik nafas sedalam mungkin dan dilepaskan kuat .
" Haa kenapa ni ? " Desak Cikgu Jaeha lagi . Dia memandang kawasan bilik guru , mujur guru lain ada jadual masing masing .
" Minhyuk dengan Yoongi bergaduh !"
Mendengarkan ayat itu , Cikgu Jaeha bertambah gelabah. Bukan baru pertama kali dia mendapat laporan sebegini. Malah lebih daripada sekali.
" Dekat mana? Cepat tunjukkan cikgu !"
Cikgu Jaeha lantas berlari mengikut dua orang anak muridnya menuju ke belakang sekolah.
Sesampai sahaja disana, kelihatan dua orang pelajar lelaki saling berlawan tumbuk. Tidak ada tanda yang salah seorang daripada mereka mahu mengalah.
" Yoongi! Minhyuk! " Lantang suara Cikgu Jaeha disitu . Membuatkan pelajar yang berdekatan di kawasan itu tertarik mahu tahu apa yang berlaku.
Sia sia pula Cikgu Jaeha menjerit kerana dua dua tidak mahu berhenti . Cikgu Jaeha tiada keputusan lain selain daripada dia sendiri yang menahan perbuatan itu.
Yoongi yang saat itu berada di posisi atas Minhyuk ditarik kasar daripada membiarkan lelaki itu terus menerus menghentam muka Minhyuk.
Yoongi yang kini berada dalam pegangan Cikgu Jaeha bernafas kuat. Barangkali penat ataupun berpuas hati.
Minhyuk cuba bangun dengan bantuan kawannya yang tadi lari mendapatkan cikgu, Minhwan dan Haewoo. Dia mengesat darah yang mengalir di hidung dan mulut dengan matanya tajam menatap mata Yoongi.
" Sekarang ni kamu berdua ikut cikgu ke bilik disiplin. Lepas ni cikgu akan turunkan denda pada kamu berdua yang tak serik nak bergaduh. " Kata Cikgu Jaeha lalu memaksa Yoongi melangkah mengikutinya.
" Minhwan, Haewoo kali ni kamu tak payah nak sokong dan pertahankan Minhyuk ni. Bawa juga dia ke bilik disiplin. " Kata Cikgu Jaeha lagi.
Sesampai sahaja di bilik disiplin, mereka berdua dipaksa duduk. Walaupun kedua dua muka tegang, Cikgu Jaeha harus meneruskan hal ini.
" Minhyuk, kali ni sebab apa pulak? Yoongi, asyik nama kamu aje yang saya dengar tentang gaduh ni. " Mata Cikgu Jaeha berselang seli memandang Yoongi dan Minhyuk.
" Cikgu tanya ajelah si bodoh ni. Dia yang tumbuk saya dulu. " Anak mata Minhyuk sekilas memandang Yoongi yang kelihatan bersahaja apabila dipanggil bodoh. Panas pula hati Minhyuk!
" Jaga mulut kamu, Minhyuk. " Tajam pandangan Cikgu Jaeha ke arah Minhyuk.
Minhyuk merengus kasar.
" Yoongi, boleh bagitahu cikgu masalah apa pulak yang kamu timbulkan ni? Cikgu tengok kamu ni baik, tapi tak tahu pulak macam ni perangai kamu. " Kata Cikgu Jaeha. Berharap kali ini Yoongi bersuara.
Selalunya, setiap kali Yoongi dipanggil ke bilik disiplin atas kesalahan bergaduh, lelaki berkulit putih ini lebih suka mendiamkan diri.
" Yoongi ah. Kamu ni kenapa? Ke ada masalah? " Cikgu Jaeha tidak mahu mengalah. Dan dia tidak mahu mengambil tindakan dengan menumbuk Yoongi seperti yang dilakukan guru lain semata mata mahu dengar penjelasan Yoongi.
" Memang ada masalah pun. Masalah otak. Masalah dengan bapak--"
Sepantas kilat, Minhyuk terasa kepalanya ditumbuk kuat. Sehinggakan dia terjatuh daripada kerusi.
" Yoongi! "
Cikgu Jaeha meluru kearah Yoongi sebelum melepaskan tamparan pada pipi lelaki itu. Ini sudah lebih! Dia terkejut dengan tindakan Yoongi yang tiba tiba menumbuk Minhyuk dihadapan matanya sendiri. Dia hilang tahap kesabaran yang ditahan tadi!
" Kenapa dengan kamu ni hah? Apa masalah kamu sebenarnya?! " Tanya Cikgu Jaeha kasar.
Yoongi yang tadinya memegang pipi akibat ditampar tadi tersenyum sinis. Lagaknya seperti cuba mengejek Cikgu Jaeha.
" Cikgu memang nak tahu masalah saya ke? " Yoongi bersuara. Mukanya merah menahan marah. Tegang suaranya.
Cikgu Jaeha terpempan. Anak matanya yang bertembung dengan anak mata Yoongi mendapati lelaki itu sedang menanggung masalah yang berat.
" Yoongi ah.. " Cikgu Jaeha memanggil. Minhyuk yang tadinya terduduk bangkit semula sambil mengusap kepalanya.
" Cikgu.. memang nak tahu masalah saya ke? " ulang Yoongi. Air matanya bergenang.
Cikgu Jaeha mendiamkan diri. Berharap Yoongi meneruskan sahaja apa yang mahu dicakapnya.
" Masalah saya adalah masalah kena hadap muka muka manusia yang tak sedar diri. Manusia yang hanya tahu nak rendahkan maruah orang lain. Saya tak rasa manusia macam ni perlu hidup kan, cikgu? Betul tak? " Yoongi bersuara membuatkan Cikgu Jaeha terpaksa mencerna apa yang cuba disampaikan Yoongi tadi.
" Tak payah nak berdrama kat sinilah, bodoh. Boleh jalanlah. " Minhyuk bersuara kasar.
" Sekarang cikgu bagi aje denda yang cikgu nak bagi. Saya akan buat. Saya dah muak nak tunggu lama lama dengan jantan tak guna ni. " Yoongi bersuara pula. Sinis.
Minhyuk mengepal penumbuk. Belum sempat dia mengangkat tangan untuk menumbuk muka Yoongi, Cikgu Jaeha pantas memegang bahu Minhyuk.
" Dah. Jangan nak bertumbuk kat sini pulak. Atas kesalahan yang kamu berdua buat, cikgu terpaksa bagi denda. Sekarang ikut Cikgu. "
Cikgu Jaeha melangkah keluar. Diikuti Yoongi dan Minhyuk. Destinasi untuk menjalankan denda kali ini ialah padang sekolah.
" Berdiri tengah padang sampai habis masa sekolah. Lepas ni jangan buat lagi hal macam ni. " Kata Cikgu Jaeha lalu menghantar Yoongi dan Minhyuk ke tengah padang.
Panas yang terik membuatkan Minhyuk merengus kasar. Yoongi pula hanya kelihatan selamba. Diam dan tidak seperti Minhyuk yang asyik merengek panas.
Yoongi hanya membiasakan diri. Tiba-tiba dari jauh dia mendapati ada seorang pelajar bercermin mata berbingkai besar berjalan mengikuti seorang lelaki berpakaian seperti ahli korporat. Yoongi mengagak itu adalah pelajar baru.
Yoongi membuang pandang ke atas langit apabila menyedari pelajar baru itu memandangnya.
Yoongi tersengih. langit biru dipandang lagi. Rungutan yang masih bersisa dari mulut Minhyuk diabaikan. Dia dah biasa macam ni, jadi dia tak kisah!
Bestfriend.
ByMinYoonGi1993.
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Fanfiction"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...