BFF 36

1.8K 300 7
                                    


Matanya perlahan lahan terbuka saat telinganya menangkap bunyi bising di luar rumah. Dengan keadaan yang agak mamai, Yoongi mengambil keputusan untuk menyambung tidur memandangkan hari itu hari cuti. Namun niatnya sementara apabila dia mengamati suara yang membuat bising itu.

" Omma! "

Yoongi lantas menolak selimut dan bergegas keluar apabila teringatkan ommanya. Suara seorang lelaki bising masih kedengaran.

" Aku kata aku nak duit! Duit lah, bodoh! " Yoonga membaling baling cebisan sayur yang dipotong Min tadi ke arah Min. Naik darahnya apabila Min tidak memberinya wang.

" Aku dah kata aku tak ada duit! Kau pergi lah cari sendiri! Jangan asyik mintak duit kat orang saja! " Min melawan.

Yoonga yang kehulu ke hilir berhenti serta merta. Wajah Min dipandang tidak puas hati.

" Sekarang kau nak ajar aku pulak ya? Jenis isteri apa kau ni?! " bentak Yoonga.

" Habis tu? Jenis suami dan appa apa kau tu?! Fikir kau dah jalan tanggungjawab kau? Fikir kau dah bagus?! " air mata Min jatuh, antara marah yang teramat atau takut Yoonga akan bertindak ganas.

" Kurang ajar mulut kau tu! " Yoonga mara dengan hati yang berapi. Dalam beberapa meter sahaja lagi Yoonga mendapatkan Min, tubuh Yoonga melayang jatuh ke tanah.

Yoongi juga tergamam kerana dia belum sempat berbuat apa apa, tubuh appanya ditendang seseorang.

" Dasar lelaki tak guna. " gumam seseorang itu sambil membetulkan kemejanya.

" Hyunsik ah. " Sebut Min perlahan. Mujur Hyunsik ada masa itu. Kalau tidak mungkin dia sudah pengsan ditumbuk suaminya itu.

" Min? Kau okay? " saat Hyunsik menyuarakan soalan pada Min, saat itulah Yoonga bangkit dan menolak tubuh Hyunsik dan lelaki itu pula terjatuh ke tanah.

" Hyunsik! "

" Hyunsik appa!"

Min dan Yoongi menjerit serentak. Yoongi lantas turun dan mendapatkan Hyunsik dan membantunya bangun.

" Oh lelaki ni jatuh kau tolong? Appa kau sendiri diterajang kau tak tolong? Anak jenis apa kau ni. " Yoonga mencerlung tajam ke arah Yoongi.

" Kalau kau terjatuh dalam lahar gunung berapi sekali pun aku takkan tolong kau. Mati lah kau kat situ. " Balas Yoongi kasar. Mendengarkan itu, Hyunsik menyentuh bahu Yoongi untuk menghalangnya dia berbuat demikian.

" Anak yang bodoh! Menyesal aku dapat anak macam kau! "

" Aku lagi menyesal ada appa macam kau! "

Hyunsik mencengkam bahu Yoongi. Menyabarkan lelaki muda itu.

" Yoongi, bawak omma Yoongi masuk ke rumah. Biar appa yang selesaikan dia. Jangan lupa, call polis secepat mungkin. " Bisik Hyunsik dan Yoongi mengangguk.

Yoongi bangun dan mendapatkan ommanya dan mereka masuk ke dalam rumah. Yoonga yang melihatnya bertambah baran.

" Woi! Aku tak habis lagi dengan korang berdua lah. Dengar cakap aku ni! " Teriak Yoonga sekuatnya.

" Yah! Settle dengan aku. " ujar Hyunsik.

" Kau siapa?! Tak ada kena mengena dengan hal keluarga aku! Pergi berambus! " Halau Yoonga menyuruh lelaki itu balik dan tidak menganggunya.

" Kalau kau nak ganggu Min dan anaknya, settle aku dulu. " Hyunsik tidak mengalah.

" Hahah kau-- eh sekejap aku macam pernah jumpa kau ni. Aha! Kau yang datang majlis kahwin aku dengan Min dulu kan? Aha! Aku ingat muka kau ni! Apa? Apa? Kau nak rampas Min dari aku? Tak! Aku tak benarkan! " Yoonga sedikit meracau.

" Ya! Aku akan dapatkan hak yang sepatutnya jadi milik aku dulu! Aku akan pastikan! " Bentak Hyunsik pula. Cuba memanaskan lagi hati Yoonga yang sedia berapi.

" HAHAHA Pergi berambus dengan hak kau tu! " Entah dari mana, Yoonga lantas mencapai satu blok kayu dan menghentam bahu Hyunsik sehingga lelaki itu jatuh kali kedua.

Yoonga mara ke arah Hyunsik untuk memukulnya lagi, namun tidak kesampaian setelah dia mendengar siren polis yang semakin hampir.

Yoonga panik. Kayu di tangannya terlepas. Dia mahu melarikan diri, namun terhalang apabila Hyunsik bertindak memegang kakinya dan dia terjatuh.

" Lepas! Kau gila? Polis tu nak tangkap aku! Lepaskan aku! " Yoonga menepis nepis tangan Hyunsik dengan kakinya yang tidak dipegang.

" Sebab polis tu nak tangkap kau lah aku tak lepaskan, bodoh! " tengking Hyunsik.

Beberapa pegawai polis bergegas mendapatkan Yoonga yang terjerit jerit minta dilepaskan. Tangannya berjaya digari dan dibawa masuk ke dalam kereta.

Seorang pegawai polis menemui Hyunsik dan mereka berjabat tangan. Min dan Yoongi juga turun.

" Terima kasih kerana beri kerjasama. Kami dah lama jalankan misi cari suspek sebab dia dah banyak kali buat kacau di sesebuah kawasan atas laporan yang dibuat penduduk. Terima kasih sekali lagi. Kami pergi dulu. Jangan lupa untuk ke balai polis untuk laporan yang lebih terperinci. " Pesan pegawai polis tersebut sebelum menerobos masuk ke dalam kereta.

" Appa, okay ke? Bahu appa sakit? " Soal Yoongi.

Hyunsik hanya tersenyum dan pandangannya jatuh ke wajah Min yang basah dengan air mata yang juga memandang ke arahnya.

~

BESTFRIEND. [YOONMIN]Where stories live. Discover now