BFF 37

1.8K 295 8
                                    


Yoongi menghela nafas syukur. Appanya sudah didapati bersalah dan sedang meringkuk di dalam penjara. Menurut pegawai polis sebentar tadi, Yoonga akan dibawa ke mahkamah dan kesalahan yang dilakukannya mungkin boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Yoongi dan Min tiada pilihan lain. Mereka rela dengan hukuman yang telah ditetapkan. Dan mereka rela jika kehilangan Yoonga kalau lelaki itu masih hidup sekalipun, ianya tidak mendatangkan makna dan kebahagiaan. Tanpa Yoonga, mereka boleh jalankan hidup dengan aman.

" Min, nak pergi pasaraya tak? Kutlah nak beli barang untuk masakan? Boleh kita singgah sekejap. " Hyunsik bersuara memecah kesunyian di dalam kereta itu. Mereka baru sahaja pulang dari Balai polis Seoul. Min di tempat duduk sebelahnya, dipandang sekilas. Yoongi dan Jimin masih berbual di tempat duduk belakang kereta.

" Tak apalah, Hyunsik. Kau hantarkan saja aku dan Yoongi terus ke rumah. " Tolak Min seraya memaksa dirinya untuk mengukir senyuman.

" Jom sajalah. Kalau macam tu, aku nak beli barang dapur lah. Nanti budak kuat makan kat belakang tu merengek malam malam, sebab lapar. " usik Hyunsik.

" Appa.. " Jimin menjeling ke arah appanya. Tidak semena mena dilabel budak kuat makan.

" Iyalah, kalau macam tu, aku tunggu dalam kereta. Kau bawalah diorang turun untuk beli barang. " ujar Min tiba tiba.

" Eh? Tak boleh. Kau kena ikut sekali. " Hyunsik berkata sambil tangannya memulas stereng untuk masuk ke parking.

" Tak ap-- "

" Jomlah, omma. Yoongi teringin nak jalan dalam pasaraya besar dengan omma. Kita bukan pernah masuk berdua. " Kata kata Min dipintas Yoongi. Akhirnya, Min akur atas kehendak anak kesayangannya itu.

Yoongi teruja dengan luasnya pasaraya itu. Tangan ommanya dilepaskan dan dia merapati Jimin. Sesuatu dibisikkan dan mereka ketawa bersetuju.

" Omma, Yoongi dengan Jimin nak jalan jalan dekat tingkat atas tu. Omma ikut appa Jimin beli barang dapur eh? Bye!" Yoongi lantas menarik Jimin untuk berjalan seiringannya.

" Jomlah Min, biarkan diorang. Bukannya selalu dapat jalan kat pasaraya berdua. Sekarang teman je aku beli barang dapur. " Hyunsik memanggil Min yang seakan mahu membebel dengan tindakan Yoongi itu.

Mahu tak mahu, dia terpaksa mengekori langkah Hyunsik menuju ke ruangan yang menempatkan barang dapur dan barang basah.

" Min, antara ikan dengan sotong, mana lebih elok untuk makan malam? " tanya Hyunsik.

" Kenapa tanya aku? Bukan aku yang nak beli barang dapur. " soal Min dengan wajah pelik.

" Err aku bukan reti beli barang dapur ni. Selalunya aku bawa orang gaji aku. Tapi sekarang dia dah berhenti. " bohong Hyunsik. Dia ada tujuannya yang tersendiri.

" Oh macam tu. Okay, kalau bagi aku, aku akan pilih ikan. " ujar Min.

Hyunsik tersenyum dan lantas mengambil beberapa ekor ikan ke dalam plastik.

" Antara daging dengan ayam? "

" Daging. "

" Kubis atau salad? "

" Salad. "

" Tomato atau timun? "

" Dua dua. "

Hyunsik bertanya sehinggalah penuh troli dengan barang. Dia lantas mengajak Min untuk melakukan proses membayar.

Dalam pukul 8:00 malam, mereka akhirnya selamat sampai ke rumah. Sewaktu Yoongi dan Min turun dari kereta, Hyunsik lantas membuka bonet. Min sedikit pelik dengan tindakan lelaki itu.

Min semakin hairan apabila Hyunsik mengajak Jimin mengeluarkan barang barang tadi dan diletakkan ke anjung rumah Min.

" Hyunsik ah. Apa yang kau buat ni? " soal Min laju.

" Okay, aku bohong kau tadi. Aku belikan semua barang ni untuk kau dan Yoongi. Kalau aku tak buat macam tadi, kau mesti tolak sekeras kerasnya. " Hyunsik tersenyum ikhlas dihujung kata.

" Yah, kau tak perlu buat macam ni. " Min dihimpit rasa bersalah.

" Aku ikhlas, Min. Aku tak pernah berkira kira dengan kau. Please, accept it. " Hyunsik lantas meninggalkan Min untuk meletakkan barang tersebut ke anjung rumah.

" Yoongi, berjimatlah ya? Malam ni makan sama sama dengan omma. " Hyunsik menepuk bahu Yoongi.

" Baik, appa. Kamsahamnida." Yoongi teramatlah terharu dengan kebaikan lelaki itu. Dia rasa bahagia. Entah mengapa dia tidak dapat merasakan kebahagiaan sejak dulu? Kenapa di saat saat akhir untuk dia pergi, barulah dia dapat rasakannya?

" Kamsahamnida, Hyunsik ah. "

Hyunsik hanya tersenyum mendengar ucapan Min itu.

~

BESTFRIEND. [YOONMIN]Where stories live. Discover now