BFF 29

2.2K 337 5
                                    


Yoongi menunduk memandang tanah. Sesekali kakinya menguis nguis batu batu kecil berhampiran kakinya. Tiba tiba bahunya ditepuk dari belakang.

" Annyeong! Nah. " Jimin hadir seraya menghulurkan satu choki choki pada Yoongi.

" Kenapa kau nak jumpa aku malam malam macam ni? Esok kan boleh jumpa di sekolah. " kata Jimin cuba membuka perbualan.

" Saja.." ujar Yoongi perlahan.

" Kau macam ada masalah je. Ceritalah. " Jimin memandang riak wajah Yoongi. Dia dapat merasakan yang rakannya itu punyai masalah.

" Tak adalah. " nafi Yoongi.

" Tipu. Tak apa kalau tak nak cerita sekarang. Bila kau dah sedia, kau bagitahu aku, okay? " Jimin tersenyum dan kata kata Jimin itu membuatkan Yoongi tersentuh.

" Yah, Jimin. Apa kau ikhlas berkawan dengan aku ni? " soal Yoongi tiba tiba.

" Mestilah. Aku ikhlas sangat berkawan dengan kau. Kenapa kau tanya? Kau tak percayakan aku eh? " Jimin menjawab lalu menyoal Yoongi.

" Atau kau ada nak balas apa apa ke.. macam den.. dam? "

" Apa kau merepek ni Yoongi? Dendam apanya? Aku tak ada masa nak berdendam dengan kau lah. " Jimin tergelak halus.

" Manalah tahu. " Yoongi tertunduk sekali lagi.

" Haritu, kau ada tanya macam mana omma aku tiada kan? " Jimin mendongak memandang langit malam.

Yoongi agak terkejut. Wajah Jimin yang nampak bersahaja dipandang.

" Omma aku dibunuh. Appa aku kata masa tu omma aku nak selamatkan kawan baik dia. Kau tahu, omma aku mati depan mata aku sendiri. " Jimin membuka cerita yang sudah diketahui Yoongi. Jimin hanya tersenyum.

" Jimin ah.. aku dah tahu semuanya. " ujar Yoongi.

Jimin lantas memandang lelaki itu. " Mesti dari omma kau kan? " soalnya.

" Jadi.. " Yoongi kelihatan teragak agak.

" Ya, aku pun baru tahu yang omma kau lah kawan baik omma aku. Ayah aku baru bukak cerita yang sebenar benarnya. Kalau tak, aku tak tahu. Aku cuma tahu kau sahaja. " kata Jimin lagi.

" Apa? Cuma tahu aku? " Yoongi menarik muka pelik.

" Ya, selepas seminggu pemergian omma aku.. "

" Jimin, mari sini. " Hyunsik memanggil anaknya yang dari tadi menatap gambar Jihyun.

" Wae appa? "

" Seminggu yang lalu, masa di lorong tu, appa ada ternampak Jimin lari dengan seorang budak lelaki. Jimin ingat tak muka dia? " soal Hyunsik pada anaknya.

" Oh dia. Ya Jimin ingat. Kenapa dengan dia, appa? " soal Jimin semula. Wajah kecil Yoongi terimbas di ingatannya.

" Appa nak cari budak lelaki itu dengan ommanya. Jimin tahu tak namanya apa? "

" Jimin tak tanyalah, appa. Ha! Masa kami jumpa tu, ada lelaki gila jerit Min Yoongi. Nama dia tu kut appa. " ujar Jimin apabila teringatkan kejadian itu.

" Oh tak apalah. Jimin tolong appa cari budak lelaki nama Min Yoongi tu ya? " Hyunsik tersenyum.

" Ne appa. "

Yoongi terpana seketika. Apa yang baru diceritakan oleh Jimin itu membuatkan dia kehilangan kata kata.

" Dan tak sangka keputusan appa aku untuk berpindah kesini, tepat. Sejak aku masuk sekolah tu, aku terpandang kau di padang sekolah. Saat tu kau didenda. Aku pun macam pasti kaulah Yoongi yang kami cari. Dalam kelas, aku dapat tahu nama kau. Jadi memang tepatlah. Lagipun, muka kau tak banyak berubah. Tu yang aku boleh ingat. " sambung Jimin lagi.

" Jimin ah, tapi kenapa kau dan ayah kau cari aku dan omma aku? Aku tahu salah kami,  Jimin. Kalau kau nak balas dendam atas pemergian omma kau, aku terima. Buatlah apa yang kau nak buat. " Yoongi semakin dihantui rasa bersalah.

" Apa kau mengarut ni, Yoongi? Aku tak pernah berdendam dengan kau. Aku tahu ni salah appa kau sorang sahaja. Kau dan omma kau tak pernah bersalah. Aku.. aku pun bencikan appa kau tu. Mian. " bahu Yoongi disentuhnya.

" Aku mintak maaf, Jimin. Disebabkan appa aku tu, omma kau pergi. Ya kau berhak membenci lelaki tak guna tu. Dia pemusnah hidup omma aku. Kalau kau nak tahu, appa aku pernah bunuh hyung kepada Minhyuk. Sebab itulah, Minhyuk berdendam pada aku. Kalau kau nak buat sama macam dia, aku rela, Jimin. Kau hukumlah. " Yoongi menahan sebak.

" Huh? Appa kau bunuh hyung Minhyuk? "

" Ya, appa aku rompak hyung dia. Disebabkan nak duit untuk main judi. Appa aku dah banyak kali keluar masuk penjara. Kalau lepas ni dia membunuh lagi, dia akan digantung mati. " jelas Yoongi lagi.

" Tak apalah Yoongi. Kau jangan fikir lagi yang aku dan appa aku berdendam pada kau. Appa aku mencari omma kau atas permintaan omma aku dulu. " Jimin mengusap bahu Yoongi.

" Aku.. aku macam tak dapat terima kenyataan, Jimin! Kenapa aku rasa bersalah sangat sangat?! Maafkan aku Jimin, aku memang dari keluarga tak guna. Aku rasa macam tak layak berkawan dengan kau. Aku mintak maaf. " Yoongi lantas bangun dan berlalu pergi.

" yah Yoongi ah! Tak! Tak! Kau tak boleh fikir macam tu! Aku tak ada niat pun! " laung Jimin lalu melangkah untuk mengejar Yoongi yang semakin jauh.

Yoongi menghiraukan panggilan Jimin. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia berhenti tetapi rasa bersalahnya lebih menguasai.

Yoongi melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan, membiarkan kereta yang membrek mengejut dan membunyikan hon.

" Yoongi ah! Kau sahaja kawan baik aku! Yoon-- "

Pinnnnnn!

Serentak itu, bunyi kereta bertembung sesuatu kedengaran. Langkah Yoongi juga terhenti dan dengan pantas dia berpusing semula.

Jatuh air matanya saat terlihat tubuh Jimin yang terlantar kaku di atas jalan dan dipenuhi darah. Sepantasnya dia berlari mendapatkan Jimin.

" Jimin! Maafkan aku Jimin! Aku dah berhenti ni Jimin! Encik, tolong kawan saya, encik. " pinta Yoongi teresak esak pada pemandu yang berhenti.

" Maafkan ahjussi. Cepat, kita hantar ke hospital. "

Yoongi mengangkat tubuh Jimin dan menerobos masuk ke dalam kereta itu. Yoongi tidak dapat tahan untuk terus menangis, darah yang keluar dari kepala Jimin disapu dengan tangannya tidak berhenti.

~

BESTFRIEND. [YOONMIN]Where stories live. Discover now