Still 13 Oktober.
" Maafkan kami. Anak puan.. " Dr. Baekhyun kehilangan kata kata.
" Tak doktor. Tak. Doktor jangan nak buat cerita ya?! " Min sudah mula mahu menangis.
" Maaf puan. Min Yoongi, anak puan dah tiada. " Dr.Baekhyun membiarkan Min yang sudah meraung sambil menarik narik baju putihnya. Dia faham akan perasaan wanita malang itu.
" Maafkan saya, Doktor. Doktor, boleh kami lawat dia buat kali terakhir? " Hyunsik menyeka air matanya. Min yang menangis itu dipeluknya.
" Boleh, pergilah. Saya simpati atas keadaan ni. Saya pergi dulu. " Dr.Baekhyun melangkah menuju ke biliknya.
Hyunsik membantu Min yang lemah tubuhnya masuk ke dalam wad Yoongi. Hyunsik bertambah sebak apabila terlihatkan Jimin yang merenung kosong terhadap jasad Yoongi.
" Jimin ah.. "
" Appa! Tengok, Yoongi tidur. Shh, jangan bising. " Jimin meletakkan jari di mulutnya.
Hyunsik terpempan dengan perubahan Jimin. Dia lantas mendapatkan anaknya itu. Jimin dipeluk kemas.
" Jimin. Kenapa jadi macam ni? " Hyunsik dilanda kerisauan.
" Shh jangan bisinglah. Kan Yoongi tidur tu! Nanti dia bangun! " Herdik Jimin dengan suara yang diperlahankan namun keras di pendengaran.
" Jimin! Yoongi tak tidur. Dia.. dia dah tiada. " Hyunsik tidak dapat tahan dari air matanya turun.
" Merepek. Jimin yang bawa dia jalan jalan tadi. Dia tidur belakang Jimin. Dia tak mati ! Dia tak mati! " Jimin meronta ronta bagaikan orang gila.
Hyunsik tidak tahan melihat kelakuan yang berubah anaknya itu terus mengangkat tangan dan menampar pipi Jimin. Jimin terduduk di atas lantai sambil memegang pipinya. Setelah itu dia menangis perlahan.
" Mi-mianhae, Jimin ah. Ap-appa tak.. " Hyunsik diburu rasa bersalah lalu memeluk Jimin sekali lagi. Kali ini, Jimin semakin tenang.
" Appa.. Yoongi. Yoongi tipu Jimin. Dia kata dia tak akan tinggalkan Jimin. Dia tipu, appa. " Jimin menangis semahu mahunya di bahu Appanya.
" Sabar, Jimin ah. Ni semua takdir yang tetapkan dia pergi tinggalkan kita. " ujar Hyunsik sebak.
Min masih merenung wajah tenang Yoongi. Malangnya mata Yoongi tertutup rapat. Min dengan sayunya menyentuh pipi anaknya itu.
" Sejuk. " Kata Min bertambah sebak. Tidak menyangka hal ini berlaku pada anak kesayangannya.
Tiba tiba, seorang jururawat lelaki masuk dan menunduk hormat kepada Min, Hyunsik dan Jimin.
" Annyeonghaseyo. Saya Lee Jihoon. Saya jumpa puan ni sebab ada pesanan dari Min Yoongi. Dia pesan untuk sampaikan pesanan ni bila tiba masa dia pergi nanti. Jadi, ni lah masa saya sampaikan pesanan dia. " Kata Jihoon dengan disusuli nafas yang ditarik dan dihembus perlahan.
" Min Yoongi pesan suruh ommanya pergi ke batang pokok yang pertama di taman hospital ni . Dia kata dia tinggalkan sesuatu di bawah timbunan daun kering pada akar pokok tu. Tu sahaja. saya dah sampaikan pesanan Min Yoongi. Saya pergi dulu. " Jihoon memberi tunduk hormat dahulu sebelum berundur keluar.
" Hyunsik ah.. aku nak ke tempat tu . Anak aku tinggalkan sesuatu. " Min mengundur dan melangkah keluar. Hyunsik membiarkan Min ke tempat itu sendiri kerana dia perlu menenangkan anaknya.
Min melajukan langkah ke pokok sakura pertama mengikut barisan di taman itu. Min lantas melutut dan menolak daun daun kering itu sehinggalah dia terpandangkan sesuatu berwarna merah hati.
Min tanpa buang masa lantas mengambil kotak tersebut. Dia atasnya tertulis ' Untuk Omma yang Cantik. ' Sekali lagi air mata Min gugur.
Kotak dibuka. Dan terlihatlah sehelai baju tradisional korea iaitu hanbok berwarna merah jambu dan biru langit itu yang dilipat kemas. Di celah kain hanbok, terdapat sepucuk surat. Min membuka dan membacanya.
" Omma, ini Min Yoongi.
Maafkan Yoongi, omma.
Mungkin saat omma baca surat ni, Yoongi dah tiada di sisi omma. Tapi percayalah yang Yoongi akan sentiasa ada dalam hati omma. Omma, terima kasih sebab lahirkan Yoongi. Walaupun hidup kita susah, Yoongi rasa bahagia sangat ada omma. Maafkan Yoongi kalau Yoongi tak dapat jadi anak yang baik buat omma, ne? Erm dan Yoongi sebenarnya tahu yang omma sukakan Hyunsik appa kan? Omma, dia pun sukakan omma juga. Kalau boleh, omma pakailah hanbok yang Yoongi beli ni sempena perkahwinan omma dengan dia, ya? Dan yang paling penting sekali, Min Yoongi sayang omma.
_Yoongi. "Semakin lebat air mata Min jatuh. Sepucuk surat ditulis tangan dari anaknya itu dipeluk erat. Sesekali Hanbok yang dihadiahi Yoongi itu diusap lembut.
~
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Fanfiction"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...