Setiap langkahnya diatur perlahan . Yoongi agak malas mahu masuk ke kelas awal seperti biasa . Bukan ada apa yang menarik pun .Sebaik sahaja dia sampai di satu selekoh koridor untuk ke kelasnya , langkahnya terhenti . Terhenti kerana laluannya dihalang beberapa pelajar lelaki yang amat dikenalinya .
" Kau nak apa? " soal Yoongi berbasa basi .
" aku kekurangan wang belanja hari ini. Bagi aku 20 000 won ." Minhyuk menadah tangannya ke arah Yoongi . Entah mengapa dia bencikan lelaki berkulit putih itu .
" Apesal? Omma appa kau dah lari ? Tak bagi duit belanja? Alah kesian kau ." Yoongi melangkah ke hadapan melaga bahu dengan Minhyuk dan menolak dua lagi rakan sekutunya .
" Mayat hidup ni memang nak makan penumbuk aku kan? " Minhyuk naik angin . Pantang ada orang yang menaikkan darahnya .
" Rileks, Minhyuk . Satu hari dia tahulah nasib dia ."
Minhyuk dan dua rakannya hanya memandang Yoongi yang sudah melangkah jauh sebelum pergi ke atap sekolah untuk melepaskan gian merokok .
Masuk sahaja Yoongi di kelasnya , bunyi bising pelajar bergosip dan bersembang kedengaran . Seperti biasa , Yoongi melangkah ke tempat duduknya dan meletakkan kepala ke atas meja .
Jimin, yakni deskmatenya sekarang sedang menulis nota di bukunya . Jimin tersenyum sebaik sahaja dia terlihat Yoongi sudah sampai .
" Hai Yoongi ah! Selamat pagi. " ucap Jimin dengan penuh semangat. Sesekali tangannya sibuk merata rambut yang disikat belah tengahnya agar sentiasa kemas .
Yoongi masih dalam posisi yang sama tanpa menghirau ucapan selamat pagi dari Jimin .
" Awak dah siapkan buku nota yang cikgu arahkan semalam ?" Tanya Jimin walaupun dia tahu apa jawapannya .
Ya, jawapannya ialah Yoongi masih dalam posisi asal .
" Cikgu kata kalau tak siap, kena rotan. " Habis sahaja Jimin berkata , Yoongi mengangkat kepala lalu memandang tajam ke arahnya .
" Aku ada kisah ke semua tu? Dan kau sibuk sangat apehal ? Kau nak apa sebenarnya ?" Keras Yoongi menyoal . Agaknya dia rimas dengan kata katanya , fikir Jimin .
" Maaf. Saya cuma nak berborak. " Jimin agak gerun melihat wajah tegang Yoongi. Dia akan dimakan?
" Tak ada istilah berborak dengan kau dalam kamus hidup aku. Kau boleh tak senyap? Sebab tu aku menyemak nak ada deskmate bagai. " Yoongi bersuara perlahan namun kedengaran keras lalu meletakkan semula kepalanya ke atas meja .
" Ma-maaf. " Jimin dibelenggu rasa bersalah . Dia menjarakkan sedikit mejanya dari meja Yoongi . Dengan harapan dapat mengurangkan tekanan lelaki itu .
Baru sahaja dia mahu menyimpan bukunya ke laci bawah meja , beberapa orang pelajar kelasnya berdiri di hadapan mejanya .
" Uhm hai? " Jimin mengangkat tangan menyapa lelaki berwajah poyo itu . Siapa lagi kalau bukan Minhyuk dan konconya . Agaknya sudah habis merokok .
" Hahaha lurus betullah dia ni. Hai Park Jimin si nerd. " sapa Minhyuk kurang ajar . Lawak bodohnya disambut ketawa oleh dua lagi rakannya yang memang bodoh lembap .
" Err nak apa ya? " soal Jimin agak takut . Takutnya bertambah kerana rakan sekelas yang lain tidak mempedulikan keadaan itu sekarang . Kemungkinan kalau dia dibuli sekalipun, tiada yang akan menolong .
" aku ..nak duit kau sikit boleh tak? Aku lapar ~ kesian kan aku? " Minhyuk menarik perlahan cermin mata Jimin lalu pura pura menjatuhkannya ke lantai . Sekali lagi disambut gelak tawa rakannya atas tindakan Minhyuk .
Jimin terangguk angguk . Dompet duitnya yang ada di poket seluar sekolahnya dibawa keluar . Beberapa keping not 1000 won ditarik dan dihulurkan pada Minhyuk .
Minhyuk yang seronok itu mahu mencapai duit itu namun tidak kesampaian apabila duit itu dirampas oleh orang lain .
" Kejinya perangai kau. Dasar kurang ajar! " suara seseorang itu agak memanaskan cuping telinga Minhyuk . Penumbuk dikepal sebelum mahu dilepaskan pada muka Yoongi yang masih memandangnya . Namun tidak sempat apabila cikgu mata pelajaran waktu itu masuk .
Sewaktu keadaan kelam kabut pelajar mengambil tempat duduk , Yoongi menghulurkan semula duit kepada Jimin setelah Minhyuk juga beredar mengambil tempat .
" Yang kau jadi bengap sangat bagi duit pada orang gila tu pehal ?" Yoongi berkata perlahan .
Jimin hanya mampu tersenyum nipis mendengar kata kata sinis Yoongi . Dia menunduk mengambil semula cermin matanya . Fuh mujur tidak pecah atau patah .
' Yoongi ah .. gomawo. '
Jimin tersenyum lagi .
~
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Fiksi Penggemar"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...