BFF20

2.7K 397 91
                                    


Seperti biasa, Jimin menunggu Yoongi di hadapan pintu pagar rumah Yoongi sebelum mereka bertolak ke sekolah sama sama. Tidak lama selepas itu, Yoongi keluar sambil melambaikan tangan kepada ommanya.

" Yah Jimin, lama kau tunggu? " sapa Yoongi mesra.

" Tak lah. Aku pun baru je sampai depan rumah kau. Eh, kau dah siapkan homework yang Sir Namjoon kasi semalam? Susah betul. Tahulah dia belajar tinggi sampai ke New York. Soalan taraf dunia jugak dia bagi. " bebel Jimin tanpa diminta.

Yoongi tergelak kecil. " Aku dah siapkan. Itupun omma aku yang ajar. "

" Wah, aku pun minta appa aku jugak. Tapi bukan minta ajarkan, tapi minta buat terus. " Jimin berkata dengan senyuman di bibirnya.

" Ish kau ni. Macam mana nak pandai. "

Jimin hanya tersengih mendengarkan ayat Yoongi itu. Langkah dihayun seiringan menuju ke sekolah.

***

" Euuuuuiii dah lah nerd! "

Satu tompokan berwarna seperti kari melekat di hujung lengan baju sekolah Jimin. Tindakannya untuk mengambil tempat di meja kosong bersebelahan beberapa pelajar perempuan ternyata salah.

" Tempat dah penuh. Bolehlah saya duduk disini. " Jimin bersuara meminta kebenaran. Dia mahu sahaja duduk di situ terus, tapi risiko bajunya dikotori agak tinggi.

" Pergilah duduk tempat lain! Eii tak mau aku duduk sebelah kau. " pelajar perempuan yang dia yakin seusia dengannya tetapi di kelas yang lain itu menengking.

" Duduk kat lantai tu! Baru padan. "

Jimin sakit telinga mendengar cacian tersebut. Dia mengambil langkah perlahan untuk berpaling.

" Tapi sebelum tu, sayur untuk kauuuu. "

Sekali lagi, Jimin bersabar apabila pelajar itu menaburkan segenggam sayur tauge goreng ke atas rambutnya. Tindakan pelajar itu disambut gelak ketawa oleh sebahagian pelajar yang lain di kantin itu.

Yoongi ah, aku perlukan kau.

Bayang Yoongi masih tidak kelihatan. Lelaki itu menghantar buku latihan atas arahan guru mata pelajaran sebentar tadi. Dua mangkuk mee sup yang didulangnya dipandang. Jimin mengeluh kerana sudah tidak lagi boleh dimakan , sudah 'dikotori' dengan tauge yang bergolek jatuh dari rambutnya.

" Tengoklah rambut dia. Haha tengah betul. "

" Eii dah lah tak handsome. Dengan cermin mata, eii besar betul. "

" Tak layak langsung jadi pakwe aku kalau macam ni. "

" HAHAHA. "

Jimin berusaha memekakkan telinga mendengar cemuhan tersebut.

Dia tahu yang dia tidak pandai berfesyen. Dia tahu dia tak pandai urus rambut. Tengoklah, seluarnya tinggi hingga ke pinggang. Bajunya agak besar dan boleh dikatakan tidak mengikut saiz tubuhnya.

Dia tahu dia tak sekacak pelajar lelaki lain.

Tapi tu tak bermakna dia perlu dilayan sebegini kan?

Yoongi, mana kau?

~

BESTFRIEND. [YOONMIN]Where stories live. Discover now