BFF 38

1.8K 293 12
                                    


" Yoongi! Yoongi! "

Sudah beberapa kali Min menggerakkan tubuh anaknya itu. Yoongi tidak sesekali menunjukkan tanda mahu bangun. Dia panik dengan keadaan yang tiba tiba itu. Mungkin Yoongi pengsan saat tidur.

" Yoongi ah, jangan buat omma macam ni! " Min sekali lagi menggerakkan tubuh Yoongi. Masih sama. Nasib, jantung anaknya masih berdegup.

" Apa aku nak buat? Call ambulans! Eh tak, aku tak ada telefon bimbit. " gumam Min sendiri.

Min teringat seseorang yang hanya boleh dijadikan harapan. Dia lantas berlari keluar rumah dan menuju ke rumah Hyunsik. Sesampai sahaja di sana, bertalu talu loceng pagar ditekan.

Hyunsik keluar dengan muka baru bangun tidur. Melihat saja Min, muka segar bugar. Segera pagar dibuka untuk Min masuk.

" Min! Kenapa cemas ni? Eh kenapa kau menangis? " Hyunsik pula yang cemas melihat keadaan Min.

" Ahjumma Min. " Jimin juga keluar melihat Min yang datang.

" Hyun-- Hyunsik ah. Kau kena tolong aku sekarang. " Kata Min agak tersekat sekat.

" Ya, ya. Tapi tolong apa? "

" Anak aku. Yoongi tak sedarkan diri! Tolong anak aku. "

" Hah?! " Jimin separuh menjerit.

***

Kepalanya sedikit pening dipicit picit. Jimin tidak menghiraukan orang yang lalu lalang dilorong tersebut. Air mata yang dari tadi turun ditepis.

" Jimin.. "

Jimin mengangkat muka. Min duduk di sebelah anak rakannya itu sambil mengusap bahunya.

" Ahjumma mintak maaf sebab rahsiakan hal ni. Bukan ahjumma tak nak bagitahu, tapi Yoongi yang berkeras nak rahsiakan dari pengetahuan Jimin. Ahjumma terpaksa turutkan. " Ujar Min kesal.

" Tak apa, ahjumma. Ahjumma akan buat pembedahan tu kan? " Anak mata Jimin penuh pengharapan. Tangan Min digenggam.

Min tertunduk dan akhirnya menggeleng perlahan. Jimin mengeluh sedih.

" Tapi kenapa, ahjumma? Kanser hati tu bahaya. Takkan ahjumma sanggup kehilangan anak ahjumma yang satu satunya tu? Saya.. saya tak sanggup kehilangan sahabat saya yang pertama dan terakhir. Saya tak nak Yoongi pergi. " Sekali lagi, air mata Jimin turun.

" Maakan ahjumma, Jimin. Ahjumma lagilah tak sanggup kehilangan dia sebab dia lah satu satunya bagi ahjumma . Ahjumma tak ada siapa siapa lagi dah. Tapi apa ahjumma boleh buat. Ahjumma tak mampu. " Rintih Min.

" Saya akan tolong. "

" Niat baik Jimin tu mungkin tak dapat membantu. Appa Jimin pun cakap yang dia akan bayarkan tapi bila tengok kos yang ditetapkan, gajinya kurang mampu. Tapi dia berkeras nak bayar. Berkali kali ahjumma tolak. Kosnya mahal. " Min berkata.

" Kalau appa saya kata macamtu, saya pun tetap nak tolong. Ahjumma janganlah halang saya. Saya akan berusaha dapatkan duit untuk biayai kos perubatan Yoongi. " Jimin kelihatan tekad.

" Jimin masih belajar.. "

" Tu bukan halangan saya untuk tolong sahabat saya. "

Min terdiam.

~

BESTFRIEND. [YOONMIN]Where stories live. Discover now