Jungkook meletakkan sehelai kain basah yang sudah diperah airnya ke atas dahi panas Jimin. Sudah seminggu Jimin demam selepas seminggu juga pemergian Yoongi.Jungkook menghela nafas berat apabila terpandangkan wajah Jimin yang sedang tidur. Bibir lelaki itu pucat seakan tidak berdarah. Dia benar benar sakit.
" Yah Jimin. Bila nak sihat? Kau ingat kawan baik kau tu suka tengok kau macam ni ?" Ujar Jungkook sendiri. Sedikit bimbang dengan kesihatan sepupunya itu.
Sejurus kemudian, pintu bilik dibuka dari luar. Muncul appa saudaranya, Hyunsik di balik pintu.
" Jungkook ah. Mari la makan dulu. Tinggalkan Jimin sekejap. " Hyunsik memanggil anak saudaranya itu.
" Ne, appa. " Jungkook yang turut memanggil bapa saudaranya dengan panggilan appa itu bangun dari duduknya lalu menuruti langkah Hyunsik turun ke bawah.
" Siapa yang masak ni? " Jungkook menyoal apabila matanya memandang ke arah susunan lauk pauk yang nampak lazat.
" Bakal bini. "
Membulat mata Jungkook mendengarnya. Lalu dia tersenyum mengusik.
" Omma kawan baik Jimin tu eh. Ececeh. Chia chiot lah. " Jungkook tersengih dan mengambil duduk di hadapan pakciknya.
" Appa risaulah dengan Jimin tu. Dia lama sangat demam ni. Esok kita bawa dia ke hospital nak? " cadang Hyunsik.
" Cadangan bagus tu appa. Em, ikut pandangan Jungkook lah kan, Jimin tu betul betul sayangkan kawan baik dia tu? Sampai demam bila kawan baik pergi. " Jungkook berkata lalu menyuap sesudu nasi.
" Jungkook pun tahu kan yang Jimin tak pernah ada kawan baik seumur hidup dia. Tak ada siapa nak kawan dia selain Jungkook. Jungkook pun ada kawan sendiri. Bila dia dah ada kawan, seronoklah dia. Hm sedih sungguh anak appa seorang tu. " Hyunsik mengeluh perlahan.
" Yoongi tu sakit apa, appa? "
" Kanser. "
Jungkook mengangguk faham. Hatinya timbul perasaan simpati.
" Bila appa nak kahwin dengan omma dia? "
" Eohuk uhuk! " Hyunsik tercekik nasi.
" Sampai tersedak lah bila tanya pasal kahwin. Amboi, galak. " Jungkook tersengih di hujung kata.
" Dia cantik kan? " soal Hyunsik tersipu sipu malu.
" Ya, can-- "
" Yoongi ah.. "
Kata kata Jungkook terputus apabila terdengar suara Jimin di tingkat atas di biliknya. Kerana risaukan keadaan lelaki itu, Jungkook dan Hyunsik bangun dan berlarian mendapatkan Jimin.
Apabila pintu dibuka, Jimin didapati sedang cuba menguatkan diri untuk turun dari katil. Hyunsik lantas mendapatkan anaknya dan membantu Jimin naik ke katil semula.
" Jimin ah. Kenapa ni? Jangan lah bergerak, Jimin kan tak sihat. " Hyunsik cuba memujuk.
" Min Yoongi. Dia panggil Jimin tadi. " balas Jimin dengan senyuman yang diukir nipis.
Hyunsik terdiam. Jungkook hanya melihat keadaan sepupunya itu.
" Jimin.. tidur lah ya. " Hyunsik mengusap rambut anaknya.
Jimin yang berasa agak letih itu mengangguk lalu memejamkan matanya semula. Sekali lagi, bayangan memorinya bersama Yoongi berlegar di fikirannya.
***
Min mengambil duduk di birai katil Jimin yang masih lagi termenung melihat wajahnya. Min cuba menguntum senyuman kepada Jimin. Tetapi tiba tiba Jimin menerpa dan memeluknya erat.
" Jimin.. kenapa ni? " Min masih membalas pelukan Jimin itu. Terasa seperti memeluk anaknya sendiri.
" Min Yoongi. " Sebut Jimin dengan perlahan namun masih didengari Min.
Pelukan dileraikan. " Ini omma. Omma Min. " Min menunjukkan dirinya.
Jimin hanya tersenyum suka. " Omma Min.. macam Min Yoongi. "
Min agak terdiam. Dia mengusap rambut hitam milik Jimin. Mungkin lelaki itu sedang merindui sahabat baiknya.
" Jimin, omma datang nak bagi Jimin sesuatu. Sepatutnya omma bagi benda ni sewaktu hari lahir Jimin, 13 oktober lepas tapi masa tu Yoongi.. erm nah. " Min lantas menghulurkan sebuah kotak berbalut ke arah Jimin dan lelaki itu menyambutnya.
" Hadiah ni dari Yoongi. Dia belikan untuk Jimin sempena hari lahir Jimin. "
Mendengarkan itu, hati Jimin sedikit tersentuh. Bagaimana Yoongi boleh tahu hari lahirnya sedangkan dia sendiri tidak tahu hari lahir Yoongi. Ah dia kawan tak guna.
" Yoongi.. yang bagi? " Jimin menyoal mahukan kepastian.
Melihatkan anggukan Min itu, Jimin akhirnya yakin. Tangannya ligat mengoyakkan pembalut dan segera membuka kotak berkenaan.
Sehelai kemeja kelabu dengan sekeping gambar dan sehelai kertas tulisan tangan diselitkan di celah kemeja tersebut. Perasaannya mula bercampur baur.
Min bangun dan keluar dari bilik Jimin untuk membiarkan lelaki itu sendirian dengan hadiah yang diterima. Jimin mengambil surat itu dan lantas dibuka.
" Park Jimin. Yah, ni aku Min Yoongi. Mungkin saat kau baca surat yang aku tulis ni, kau dah tak nampak Yoongi yang handsome ni. Harap kau suka dengan baju yang aku hadiahkan ni. Pakailah waktu kau rindukan aku. Maafkan aku, sahabat.. aku tahu kau akan marahkan aku sebab tinggalkan kau. Kau tahu kan aku dah tak kuat nak hadap semua ni. Dan aku tak nak menyusahkan kau, omma dan Hyunsik appa. Aku mintak maaf sekali lagi, Jimin. Sebab aku tak dapat gembirakan kau dengan lebih lama. Maafkan aku sebab kau tak dapat lagi dengar suara aku, gelak aku dan aku akan rindukan kau. Maaf juga sebab dah tak dapat pinjamkan bahu aku waktu kau ada masalah. Maafkan aku, Jimin. Mesti kau tengah sedih kan sewaktu baca surat ni? Maaf sebab tangan aku dah tak boleh pegang bahu kau untuk tenangkan kau. Park Jimin, kau lah sahabat terbaik aku. Tanpa kau, aku tak dapat rasa bahagianya berkawan. Aku sayang kau, kawan.
_Min Yoongi."
Air mata Jimin yang dari tadi bertakung di tubir matanya terus mengalir jatuh. Sekeping gambar polaroid yang disertakan sekali menggamit pandangan Jimin. Gambarnya yang sedang cuba untuk bercakap itu ditatap lama. Waktu ini, Yoongi menangkap gambarnya tanpa disedari.
" Min Yoongi. Kau juga lah sahabat terbaik aku. "
Jimin tersenyum.
~
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Фанфик"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...