BFF8

2.7K 448 13
                                    


" Min Yoongi! "

Lelaki bernama Min Yoongi itu tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut apabila namanya dipanggil keras oleh guru mata pelajaran English waktu itu, Sir Namjoon. Malah, Yoongi membalas pandangan panas guru tersebut.

" Min Yoongi! kamu ni tak ada telinga ke? dah berapa kali Sir tegur! kamu buat apa kat belakang kelas tu sewaktu saya sedang terangkan topik ni kat depan? " Nampaknya Sir Namjoon mula naik angin dengan perangai Yoongi.

" Tak ada apa. " balas Yoongi acuh tak acuh. Buku nota kecil yang ditulisnya tadi ditutup agak kasar. Jimin di sebelah sudah menelan air liur.

" Mana boleh tak ada apa. saya nampak dengan mata sendiri awak duk buat kerja lain. meh buku tu beri pada saya sekarang! " Sir Namjoon lantas mara menuju ke arah Yoongi yang masih berlagak selamba. Tiba tiba buku ditangannya dirampas seseorang yang bukan Sir Namjoon.

" Err Sir! sebenarnya ni buku saya. saya yang paksa dia tulis dan lukiskan saya sesuatu. saya yang bersalah, bukan Yoongi. " Jimin berkata dengan nada yang sedikit gementar sambil memeluk buku nota kecil milik Yoongi.

" Oh! jadi awak lah yang buat dia tak tumpu perhatian pada kelas saya. keluar dari kelas sekarang! " arah Sir Namjoon tegas. Yoongi agak terkejut apabila tiba tiba sahaja Jimin bertindak sedemikian. tubuh Jimin yang sedang melangkah perlahan menuju ke luar kelas dipandang.

Jimin menutup semula pintu kelasnya sebelum menyandarkan diri di tepi dinding. Jimin melepaskan keluhan berat sambil matanya terpandang buku nota Yoongi yang dia bawa sekali keluar. buku nota berwarna putih kosong itu dibelek perlahan,

buku macam baru beli, jadi muka surat pertama dan berikutnya masih bersih dari sebarang nota. belekan Jimin terhenti saat dia terlihat ada satu muka surat di tengah tengah sudah terconteng. ini semestinya apa yang Yoongi tulis sebentar tadi.

" Appa jahat. "

" Aku benci dia. "

Perlahan suara Jimin menyebut setiap bait ayat pendek yang tertulis. Jimin membuat andaian yang mungkin benar iaitu Yoongi mesti masih belum dapat lupakan kejadian yang terjadi beberapa hari lepas. dia pasti bertambah benci pada appanya sendiri.

tiba tiba pintu belakang kelas terkuak dari dalam. Jimin yang terkejut lantas menutup semula buku nota tersebut apabila menyedari Yoongi yang muncul dibalik pintu.

" Yoongi ah. "

Yoongi menutup semula pintu kelas lalu bersandar di dinding bersebelahan Jimin. Wajah Yoongi tidak menunjukkan sebarang reaksi, membuatkan Jimin sedikit gelabah. entah mengapa, dia selalu gelabah apabila menghadapi sesuatu situasi seperti sekarang ini.

" Kenapa awak keluar? " Jimin menyoal.

" Aku kata aku nak ke tandas. " jawab Yoongi tanpa melihat wajah Jimin.

suasana kembali senyap. Jimin sudah mula tak tahu nak cakap apa. dia sekarang hanya menunduk , sambil mengenggam buku nota milik lelaki berwajah tegang itu.

" Kenapa kau buat macam tu? " soal Yoongi tiba tiba. Jimin tahu apa yang dimaksudkannya, tentulah tentang kejadian di kelas tadi.

Cermin mata diangkat sedikit sebelum menjawab, " Saje. Awak kan selalu kena denda, jadi saya nak jugak rasa macam mana didenda ni. hehe. " Jimin tersengih dihujung kata namun sengihannya mati melihat Yoongi masih dalam keadaan serius.

" Bagi buku aku. kau baca ke? " Yoongi lantas menghulurkan tapak tangannya pada Jimin, dan lelaki itu laju memulangkan buku pada tuannya.

" Mianhaeyo. " hanya itu yang terbit dari bibir Jimin.

Yoongi tidak membalas . lelaki itu melangkah menjauhi Jimin tanpa sebarang kata. Jimin mengeluh lagi.

" Yoongi ah.. " Jimin memanggil nama Yoongi perlahan yang hanya boleh didengarinya seorang saat itu.

" Aku pun bencikan appa kau. "



~

BESTFRIEND. [YOONMIN]Where stories live. Discover now