Min membasahkan sehelai kain putih di dalam besen kecil sebelum membasahkan pergelangan tangan Yoongi yang baru sedar dari pengsannya. Anaknya masih tidak mengeluarkan suara sebaik sahaja membuka mata tadi.
Kata doktor, Min hanya mengalami kecederaan ringan di kepala serta di sebahagian anggota badannya. Perasaan risau Min sedikit hilang apabila menyedari anaknya akan sembuh tidak lama lagi.
" Yoongi lapar tak? " Soal Min. Mula teringat yang Yoongi tidak menjamah apa apa lagi makanan pagi itu.
" Jawablah, Yoongi. Kenapa diam saja? Omma tanya ni kan? " Soal Min lagi memandangkan anaknya itu masih dalam posisi yang sama, iaitu memandang tepat ke arah siling.
" Omma. "
Min segera memandang wajah Yoongi yang memanggilnya.
" Ada apa? Yoongi lapar ya? " Agak Min ,lalu melabuhkan duduk di sisi katil Yoongi.
" Panggilkan dia ke sini. Yoongi nak jumpa dia. " Kata Yoongi perlahan.
" Siapa dia tu, Yoongi? " Tanya Min kurang pasti. Tak mungkin anaknya ini ada teman wanita. Setahunya, anak lelakinya itu susah betul untuk merapatkan diri dengan sesiapa. Lagi lagi perempuan.
" Nama dia Jimin. Omma tolong cari dia. Kata Yoongi nak jumpa. " Anak mata ommanya dipandang.
Min agak terkejut. Keikhlasan terlihat pada anak mata Yoongi.
" Iyalah, omma akan cari dia. Sebelum tu, Yoongi kena makan dulu. " Min segera mencapai bekas makanan yang ditinggalkan oleh pihak hospital sebentar tadi.
***
Jimin menolak pintu wad yang menempatkan seorang pesakit bernama Min Yoongi itu lalu melangkah masuk ke dalam dengan perlahan.
Pandangannya jatuh kepada sesusuk tubuh yang sedang terbaring dengan matanya tertutup. Jimin lantas melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan sebelah katil pesakit dengan berhati hati. Niatnya untuk mengejut Yoongi yang tidur dibatalkan.
Dia berhasrat untuk terus tunggu Yoongi bangun sendiri, namun hasratnya sebentar sahaja apabila mata Yoongi perlahan lahan terbuka. Jimin segera membetulkan kedudukannya.
" Err.. Yoongi. Hai. " Sapa Jimin tiba- tiba.
Yoongi mengesat matanya lalu memandang ke arah Jimin.
" Lamanya masa kau ambik untuk sampai ke sini. Maaflah aku tertidur. " Yoongi lantas dengan susah payahnya menyandar di kepala katil.
" Maaf, saya terlambat. " Jimin cuba mengukir senyuman.
" Bolehtak kita bercakap macam dah lama kenal? Tak payahlah kau nak bersaya awak bagai. Aku kau pun dah cukup selesa bagi aku. " Yoongi menegur membuatkan Jimin sedikit berasa pelik. Mana taknya, Rasanya ini pertama kali Yoongi bercakap dengan nada sebaik ini.
" Ahh, say-- eh aku cuba. "
Yoongi tersenyum kecil mendengar Jimin sedikit tersasul tadi. Manakala, Jimin sudah membuat andaian yang Yoongi kemungkinan berubah sebegini akibat kepalanya dihentam ke dinding oleh penculik beberapa hari yang lepas.
" Nama kau Park Jimin kan? Err, dan aku Min Yoongi. Aku.. aku mintak maaf sebab hiraukan kau waktu kau kenalkan diri dulu. " Yoongi berkata lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan tanda perkenalan.
Jimin yang semakin pelik itu, perlahan lahan menyambut tangan Yoongi. beberapa saat bersalaman, genggaman dilepaskan.
" Yoongi ah, kau okay atau tak ?" Jimin memberanikan diri untuk bertanya.
Yoongi tergelak kecil. " Kau mesti rasa lain kan? Tapi, aku lagi rasa lain. Ni jugak kali pertama aku berbual macam ni dengan orang lain. Aku sendiri tak faham. " Yoongi tertunduk.
" Ya, aku rasa ganjil sikit. Aku ingatkan kau dah tak nak tengok muka aku. " Jimin mengangkat sedikit cermin matanya.
" Sebenarnya, aku nak tanya kau sesuatu. " Ayat Yoongi itu menarik perhatian Jimin.
" Kenapa kau selamatkan aku? Padahal aku selalu marah kau, halau kau, hiraukan kehadiran kau. Sepatutnya kau jadi benci pada aku. " Yoongi bertanya tanpa memandang Jimin.
Jimin kelu. Tak menyangka Yoongi akan bertanya hal itu.
" Jawablah, kenapa kau selamatkan aku? " Desak Yoongi apabila melihat Jimin diam daripada menjawab soalannya itu.
Jimin menarik nafas. " Sebab aku nak berkawan dengan kau. "
" Kenapa kau nak berkawan dengan aku? Sedangkan tak ada sesiapa yang nak berkawan dengan aku selain kau? " Yoongi meminta kepastian.
" Sebab kau keseorangan. Aku faham perasaan kau tu. And maksud aku , kau keseorangan tanpa ada kawan di sisi kau. Aku hadap benda yang sama juga. Itu yang aku cuba nak berbaik, dan ajak berkawan dengan kau. Yoongi ah, kau tak suka ke berkawan? " ujar Jimin lalu menyelitkan soalan di hujungnya.
Yoongi mengeluh. " Aku bukan tak mahu berkawan. Tapi perkataan 'berkawan' tu mungkin tak sesuai langsung untuk aku. Dari aku kecil, sampailah sekarang, kehidupan aku sama. Aku tak pernah ada cerita tentang kawan. "
" Kenapa kau cakap macam tu? Aku kan ada. "
Yoongi memandang Jimin dan ternyata lelaki itu benar benar ikhlas mahu berkawan dengannya. Tetapi perasaan bersalahnya masih ada kerana dia telah berkelakuan jahat terhadap lelaki bercermin mata itu.
" Aku teringin nak berkawan dengan kau. Itupun kalau kau sudi. " Jimin menyambung.
Dan satu senyuman terukir di bibir Yoongi.
Cerita bersama kawan akan bermula dalam hidupnya.
~
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Fanfic"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...